peoplepill id: tengku-nora
TN
1 views today
1 views this week
The basics

Quick Facts

Gender
Female
Family
Father:
Tengku Ahmad Tengku Abdul Ja'afar
The details (from wikipedia)

Biography

Sultanah Nora binti Almarhum Tengku Ahmad kini bergelar sebagai Tunku Puan Nora Ismail merupakan Sultanah Johor dari tahun 1978 hingga tahun 1981. Baginda merupakan seri paduka kekanda kepada Sultanah Zanariah binti Almarhum Tengku Ahmad yang juga merupakan Sultanah Johor dari tahun 1981 hingga tahun 2010. Baginda ialah paduka anakanda kepada YBM Tengku Panglima Raja Long Ahmad bin YBM Tengku Temenggong Long Abdul Ghaffar ibni DYMM Sultan Muhammad II (Long Senik Mulut Merah) dari Kelantan.

Pada tahun 2011, Sultanah Nora bergelar Tunku Puan Nora Ismail manakala Sultanah Zanariah bergelar Tunku Puan Zanariah Iskandar sebagai satu tradisi dalam Kerabat DiRaja Johor apabila Permaisuri baharu ditabalkan.

Kehidupan peribadi

Tunku Puan Nora Ismail diputerikan pada 10 Oktober 1937 di Istana Dusun Green, Pasir Mas, Kelantan. Baginda ialah paduka puteri yang keenam kepada Yang Berhormat Mulia Tengku Panglima Raja Tengku Long Ahmad bin Tengku Temenggong Tengku Abdul Ghaffar dan Che Puan Hajah Fatimah binti Dato' Abdul Hamid antara sembilan orang adik-beradik. Seri Paduka Adindanya, Almarhumah Sultanah Zanariah ialah suri kepada Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

Tunku Puan Nora mendapat pendidikan awal di Pasir Mas English School dan Sekolah Zainab di Kota Bharu, Kelantan. Selepas itu, baginda bersekolah di Sekolah Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur selama tiga tahun. Kemudian, baginda melanjutkan pelajaran di Southend-on-Sea College di England dalam bidang art, social science, and domestic science. Pada masa lapang, baginda gemar berkebun, bersenam, bermain golf, dan mengikuti kelas keagamaan.

Perkahwinan

Baginda telah berkahwin denganAlmarhum Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada tahun 1977.

Kemahkotaan

Baginda telah dimahkotakan sebagai Sultanah Johor sempena Hari Keputeraan Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim yang ke-84 pada 28 Oktober 1978 di Istana Besar Johor.

Pemasyhuran

Nama baginda telah diabadikan pada sebuah hospital kerajaan di Batu Pahat dengan nama Hospital Sultanah Nora Ismail.

Anugerah

Anugerah Johor

  •  Johor :
    • Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (D.K. I, 28 Oktober 1978).
    • Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama, Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J., 28 Oktober 1978).
    • Darjah Sultan Ismail Johor Yang Amat Diberkati Pangkat Pertama, Dato' Sri Setia Sultan Ismail Johor (S.S.I.J., 8 April 1996).

Anugerah Kelantan

  •  Kelantan :
    • Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K., 1994).

Rujukan

Sultanah Nora binti Almarhum Tengku Ahmad
Kerabat DiRaja Johor
Tarikh keputeraan: 10 Oktober 1937
Kerabat diraja Malaysia
Didahului oleh
Tunku Puan Fawzia Abdullah
Tunku Puan Johor
2011 – kini
Pemegang jawatan kini
The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Tengku Nora is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Credits
References and sources
Tengku Nora
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes