Tan Tiong Hong
Quick Facts
Biography
Dr Tan Tiong Hong merupakan ahli politik Barisan Nasional di Malaysia. Pada 1974 beliau kalah bertanding. Tapi beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 bagi kawasan Kepong, negeri Selangor. Beliau bertanding atas tiket parti Barisan Nasional.
Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tun Hussein Onn dan Timbalan Perdana Menteri ialah Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.
Beliau aktif dalam politik MCA di Bahagian Kepong dan Jinjang Utara sejak 1969. Beliau meninggalkan MCA dan menyertai Gerakan pada 1972 .Pada 1981 beliau menyertai semula MCA dan bertanding di Parlimen Raub,Pahang pada 1982. Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran (1982) dan Timbalan Menteri Kewangan (1984). Pada 1985, beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung MCA dsaripada Tan Sri Chong Hon Nyan dan menjadi Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Kedah.
Meninggal dunia
Beliau meninggal dunia pada 30 Mac 2011 selepas rebah ketika sarapan pagi di rumahnya . Beliau tinggal di No 15, Persiaran Persekutuan, Seri Bukit Persekutuan. Beliau berumur 66 tahun dan tiada sebarang penyakit.
Lihat juga
- Keputusan Pilihan Raya Umum Malaysia 1978