Sultan Muhammad Muazzam Shah II
Quick Facts
Biography
Baginda adalah putera sulung Sultan Zainal Abidin III dengan Che Istana Hajjah Kelsom binti Daud. Baginda diputerakan pada tahun 1309H/1889M dan dikurniakan gelaran Tengku Kecik Muda pada usia kanak-kanak.
Baginda ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Muda pada 1896 menggantikan nenda saudara baginda, iaitu Tengku Abbas yang mangkat. Baginda mempunyai kekanda kandung iaitu Tengku Hajah Nik Maimunah & Tengku Hajah Nik Aisyah.
Pertabalan
Baginda ditabalkan sebagai Sultan Terengganu yang ke-12, menggantikan Sultan Zainal Abidin III yang mangkat. Baginda dimasyurkan pada tahun 1918 di Istana Maziah, dengan gelaran Sultan Muhammad Muazzam Shah II.
Campur tangan British dan tekanan
Pada tahun 1909 berlaku perjanjian di antara British dengan Siam, atau dikenali sebagai Perjanjian Bangkok, di mana perjanjian ini menetapkan negeri-negeri utara Tanah Melayu diserahkan kepada British.
Pada masa itu semua negeri-negeri Melayu utara tidak dibawa rundingan sehingga semua negeri-negeri utara Tanah Melayu menentang perjanjian ini, termasuk Terengganu, sehingga Sultan Zainal Abidin III terpaksa membuat undang-undang tubuh untuk menyekat kuasa British. Tetapi semasa zaman Sultan Muhammad, tekanan semakin kuat sehingga baginda terpaksa menandatangani perjanjian dengan British pada 24 Mei 1919, yang memberi ruang kepada Penasihat British untuk campur tangan dalam pentadbiran Terengganu, kecuali dakam hal ehwal istiadat Melayu dan agama Islam
Turun Takhta
Sultan Muhammad Muazzam Shah II turun takhta pada 1920 akibat dasar pemerintahan negeri oleh British, serta prinsip baginda. Baginda mencatatkan sejarah Terengganu sebagai sultan pertama turun takhta. Baginda telah diganti oleh adinda sebapa baginda Tengku Sulaiman
Mangkat
Baginda mangkat pada tahun 1956 di Istana Gong Kapas dan dimakamkan di bawah kubah Masjid Abidin.
Keluarga
Baginda telah berkahwin dengan:
- Tengku Embong Zahab binti Tengku Chik Besar @ Ali Paduka Indera Raja Tengku Muhammad Yusuf ibni Sultan Mahmud Muazzam Shah, Marhum Mangkat di Pahang.
- Tengku Bilik binti Tengku Ali.
- Tengku Hajjah Aishah (Sultanah Terengganu), puteri Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah, Sultan Riau-Lingga kelima.
- Tengku Ruqiya binti Tengku Umar, puteri Tengku Umar Ibni Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah dari Riau-Lingga.
- Hajjah Che Kalsum binti Muhammad Amin
Lihat juga
- Sejarah Terengganu
- Sultan Terengganu
Rujukan
Nota kaki
Didahului oleh Sultan Zainal Abidin III | Sultan Terengganu 1918-1920 | Diikuti oleh: Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah |