peoplepill id: sultan-mansur-i
SMI
1 views today
1 views this week
Sultan Mansur I

Sultan Mansur I

The basics

Quick Facts

The details (from wikipedia)

Biography

Sultan Mansur Riayat Syah I Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin Shah I ialah Sultan Terengganu kedua dan putera kepada Sultan Zainal Abidin I. Dilahirkan pada 1710, baginda memerintah pada tahun 1733-1793. Baginda berkahwin dengan Raja Bulang anak Daeng Chelak dari Johor pada 10hb April 1739 dan berikutnya, dengan Raja Bakul, puteri Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Isteri baginda yang ketiga ialah Nang Senik, puteri kepada Long Dil pembesar dari Pulau Melur, Kelantan. Baginda mangkat pada 17 Januari 1794 lalu digantikan oleh puteranya, Sultan Zainal Abidin II. Tiga bulan sebelum baginda mangkat, baginda telah berangkat ke Kelantan bagi menyaksikan puteranya yang ke-6, Tengku Muhammad yang juga menantu Long Yunus ditabalkan sebagai Sultan dan Yang Di-Pertuan Muda Kelantan.

Putera baginda iaitu Tengku Muhammad ibni al-Marhum Sultan Mansur Riayat Shah yang berkahwin dengan Engku Tuan Nawi binti al-Marhum Sultan Long Yunus iaitu puteri baginda Sultan Kelantan, menjadi Sultan Kelantan yang memerintah dari 1795 hingga 1800.

Lihat juga

Rujukan

  • Mohamed Anwar Omar Din, Nik Anuar Nik Mahmud dan Jawatankuasa Teknikal & Sidang Editor Yayasan DiRaja Sultan Mizan (2011). Dirgahayu Tuanku:Sejarah Kesultanan Terengganu 1708-2008. Yayasan DiRaja Sultan Mizan. 

Nota kaki

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Sultan Mansur I is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Credits
References and sources
Sultan Mansur I
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes