Sophia Ibrahim
Quick Facts
Biography
Datin Sophia Ibrahimatau 'Safiah Ibrahim' (lahir pada Januari 20, 1949 di Singapura) adalah seorang seniwati .
Keluarga
Sophia berasal dari keluarga anak wayang kerana arwah datuknya, Aman Belon mempunyai grup bangsawan tahun 1950-an. Aman Belon sezaman dengan kumpulan bangsawan Wayang Kasim, Bangsawan Zanibar Royal Theaterical Company of Singapore ; dan Yap Chow Tong Opera. Antara pelakon Bangsawan ketika itu ialah Khairuddin Thairo dan Wan Yet Al-Kaf.
Sophia Ibrahim tidak pernah merasa kekok untuk bergelar anak wayang. Beliau anak sulung daripada 10 orang adik beradik. Beliau mempunyai empat orang anak dan nenek kepada lapan orang cucu. Kini mereka tinggal di rumahnya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Adiknya penyanyi popular 1980-an, Datuk Khadijah Ibrahim (Khaty) mannakala Adik lelakinya yang juga penyanyi dan pelakon 1970-an Latif Ibrahim meninggal dunia pada 20 Februari 2012.
Lakonan
Selama empat tahun beliau berlakon dalam filem-filem Melayu terbitan Merdeka Filem Productions Sdn. Bhd di , Hulu Kelang, Kuala Lumpur. Filem pertama lakonan Sophia ialah Ragam P.Ramlee (1964) sebagai Mariana, pendukung watak utama dalam filem tersebut walaupun umur beliau ketika itu hanya lima belas tahun serta salah satu pelakon tambahan daripada golongan remaja atau belia pada zaman itu.
1965 berlakon filem Dajal Suci. Tahun 1970, bersama rakan seangkatannya, Datuk Sarimah Ahmad sebagai pelakon utama menerusi filem Dr. Rushdi. Filem lain ialah Cinta 200 Ela (2002), Pontianak Harum Sundal Malam (2004) serta dua filem arahan Aziz M. Osman, Puteri Impian dan Puteri Impian 2.
Nyanyian
Sophia atau 'Mummy' menyanyi di kelab-kelab malam, bermula di kelab Kowloon dan kerjaya itu seiring dengan lakonan.