peoplepill id: sok-ubaidullah
SU
India
1 views today
1 views this week
SOK Ubaidullah
Indian politician

SOK Ubaidullah

The basics

Quick Facts

Intro
Indian politician
Places
Work field
Gender
Male
Place of birth
Chennai, India
Age
90 years
The details (from wikipedia)

Biography

Tan Sri S.O.K Ubaidulla Kadir Basha ((lahir 18 Jun 1918 di Chennai, India) merupakan Tokoh Maal Hijrah 1410 H dan Yang Dipertua pertama PERKIM (1960-1964) . Beliau seorang yang dermawan setanding dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, Tan Sri Ananda Krishnan dan Tan Sri Robert Kuok.Beliau terlibat dalam politik sejak 1932 dan sama-sama mengasaskan MIC pada 1946.

Keluarga

Isterinya Puan Sri Mehrunnisa Mohideen dan mereka mempunyai dua anak lelaki, Hishamudin dan Hamimudin.

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 18 Jun 1918 di Chennai, India. Pada 1930-an berhijrah ke Malaysia dan bekerja di Seremban,Negeri Sembilan. 1940-an menjual beg pakaian dan beberapa jenis barangan keperluan harian.Pada 1970-an ,beliau terlibat dalam perniagaan perkapalan dan perjalanan.

Politik

Ubaidullah salah seorang pengasas MIC pada 1946 dan kekal bersama MIC sehingga ke akhir hayat. Pada 1975, Ubaidulla menjadi Naib Presiden MIC .1981 menjadi Jawatankuasa Kerja Pusat MIC dan akhirnya sebagai Pengerusi Tetap MIC.

Beliau pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi MIC dan dipilih sebagai pengerusi pertama MIC Unit Trusts Berhad.Pada 1959, beliau dilantik sebagai Senator.1971 dan 1975 dilantik sebagai Timbalan Presiden Dewan Negara.


Ubaidullah menjadi presiden pertama Dewan Perniagaan dan Perindustrian Bersekutu India (1950-1951) dan (1957-1985).Beliau pernah menjadi pengarah pengasas Bank Bumiputra dan presiden Persatuan Perundingan Majikan Malaya (kini Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF)) selama 20 tahun.


Pada 1978, beliau dipilih sebagai setiausaha agung Persatuan Persahabatan Malaysia-Korea dan pada 1982 sebagai Presiden Persekutuan Majikan-Majikan ASEAN.

Perkim

Beliau adalah presiden pengasas PERKIM/ Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia dan Muslimin-Indo Malaysia (Permim) serta Pengerusi Persatuan Pendakwah Se-Tanah Melayu. Atas jasanya, beliau terpilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1989.

Ubaidulla menubuhkan Yayasan Ubaidi pada Mei 1990 bagi membantu golongan fakir miskin .

Meninggal dunia

Ubaidulla (90) meninggal dunia jam 10.30 pagi, 22 Januari 2009 kerana sakit tua di kediamannya di No 10, Lorong Bukit Pantai 6 ,Kuala Lumpur,Malaysia. Jenazah beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Rujukan

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
SOK Ubaidullah is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
SOK Ubaidullah
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes