Soffi Jikan
Quick Facts
Biography
Mohamad Shoffi bin Jikan atau lebih dikenali sebagai Soffi Jikan (lahir 13 November 1970) adalah seorang pelakon Malaysia yang sering muncul menerusi watak-watak sampingan dalam filem-filem popular Malaysia. Beliau juga dikenali sebagai aktivis teater dan juga penulis lakon layar dan amat dikenali menerusi watak-watak pembantu dalam sesebuah karya yang besar. Walaupun beliau kurang mendapat publisiti yang meluas, bakat lakonannya yang menjadi taruhan dan diberi kepercayaan oleh pengarah yang ingin mendapatkan khidmat beliau.
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan sebagai Mohd Shoffi bin Jikan pada 13 November 1970 di Kuala Terengganu, Terengganu kepada seorang petani dan isterinya. Beliau merupakan anak sulung daripada dua beradik dan berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Kerjaya
Soffi memulakan kerjaya lakonannya pada 2003 menerusi filem Paloh arahan Adman Salleh sebagai askar Jepun. Beliau juga membintangi telefilem Neon arahan Mohamed Feroz Abdul Kadir bersama ramai pelakon termasuk Rita Rudaini, Azhar Sulaiman, Danny X-Factor, Melissa Saila, Abby Abadi, Vanidah Imran, Rashidi Ishak dan ramai lagi.
Bakat beliau berjaya dihidu oleh pengarah tersohor, Mamat Khalid, untuk menjadi watak pembantu dalam filem Rock. Kepercayaan terus diberikan oleh Mamat untuk terus mendapatkan khidmat beliau menerusi Man Laksa, dan seterusnya.
Pada 2009, beliau bersama pelakon Farid Kamil bersama-sama menulis filem V3: Samseng Jalanan. Filem itu siap dirakam, namun akhirnya dibenarkan tayangan oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia dengan beberapa kelonggaran.
Kehidupan peribadi
Pada 13 Mei, Sofi diperintah membela diri oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan menggunakan ganja.
Filemografi
Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan |
Filem
Drama
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2012 | Tanah Kubur Musim 3 | Syuib | Astro Oasis | Episod: "Rantai Emas" |
2013 | Tanah Kubur Musim 7 | Rahim | Astro Oasis | Episod: "Lolongan Ajal" |
2014 | Jalan Kembali | Keting | TV2 |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2003 | Champion | — | Terus ke VCD | |
Neon | Kawan Ringgo II | — | Terus ke VCD | |
2012 | Al-Ikhlas | Zaki | TV3 | |
Taubat Seorang Samseng | Rokiman | Astro Oasis | ||
Sebelum Kiamat | TV3 | |||
2015 | Rekah | TV2 | ||
2017 | Bisik Pada Allah | Astro Mustika HD | ||
2018 | Kitab Sijjin | Toho | Astro Mustika HD |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2011 | Festival Filem Malaysia ke-24 | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | KL Gangster | Menang |