SM Nasarudin SM Nasimuddin
Quick Facts
Biography
SM Nasarudin SM Nasimuddin (lahir 9 September 1983) merupakan usahawan dan ahli perniagaan Malaysia. Beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi Bersama Kumpulan Naza dan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia.
Kerjaya
Selepas menamatkan pengajian dalam bidang Ekonomi Perniagaan dari Universiti California Selatan di Amerika Syarikat, beliau menyertai Naza Kia Sdn Bhd sebagai pelatih pengurusan pada tahun 2005.
Pada tahun 2006, beliau telah dilantik sebagai ketua operasi Naza Corporation Sdn Bhd dan mengambil alih jawatan CEO di tiga syarikat Naza tahun ini - Nasim Sdn Bhd (francais Peugeot), Naza Corporation Sdn Bhd, dan NZ Diners Sdn Bhd (perniagaan makanan, Bubba Gump Shrimp).
Beliau dilantik sebagai Pengerusi dan CEO Naza berkuatkuasa 16 Mei 2008 bagi menggantikan bapanya, SM Nasimuddin SM Amin yang meninggal dunia pada 1 Mei 2008. Pelantikan ini dibuat bagi memenuhi hasrat SM Nasimuddin.
Beliau juga memegang jawatan sebagai Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).
Kehidupan peribadi
SM Nasarudin lahir dan membesar di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Pada 17 Disember 2010, beliau diijabkabulkan sebagai suami kepada personaliti TV, Marion Caunter. Nasarudin dan Marion dikurniakan tiga anak.
Rujukan
Pautan luar
- SM Nasarudin SM Nasimuddin di Facebook
- SM Nasarudin SM Nasimuddin di Twitter
- SM Nasarudin SM Nasimuddin di Instagram