Siti Hawa Salleh
Quick Facts
Biography
Dato' Profesor Dr. Siti Hawa Salleh lahir 1 Mei 1940, di Tandop, Alor Star, Kedah adalah ahli akademik dari Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pendidikan
Beliau bersekolah di Sekolah Melayu Langgar, Kedah (1947) ; Sekolah Melayu Simpang Empat (1950) ; Kampung Baru Girl's School / Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma.Kemudian sambung belajar di Kolej Sultan Abdul Hamid (1959) ; Universiti Malaya - Pengajian Melayu pada tahun (1961-1964).Beliau mendapat Phd dalam bidang Kesusasteraan Melayu Tradisional dari UKM (1994) dengan tesis "Kesusasteraan Melayu Abad Kesembilan Belas : Sejarah Pengkajian dan Sifatnya" . Beliau dilantik sebagai Profesor Kesusasteraan Melayu Tradisional UKM.
Kerjaya
Kerjaya beliau bermula sebagai Guru sementara di Sekolah Menengah Sultanah Asma (1961-1963) ; Penterjemah sementara, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (1964); Tutor di Jabatan Pengajian Melayu, UM (Jun 1964- Jun 1966); Pensyarah, Jabatan Pengajian Melayu UM (1966-1971) ; Timbalan Pengarah, Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, UKM (Mac 1975-Jun 1977) ; Profesor Madya, Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, UKM (1975-1994) ; Ketua di Jabatan Persuratan Melayu, FSKK UKM(1981-1989) ; Felo Penyelidikan di Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu UKM (Disember 1989 - Disember 1992) ; Profesor Kesusasteraan Melayu Tradisional UKM (1994); Timbalan Pengarah, Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu UKM(Jun 1994-Jun 1996).
Beliau juga dilantik sebagai Profesor Kontrak di Jabatan Persuratan Melayu,UKM) (1995-2002) ; Pengajar Khas di Jabatan Persuratan Melayu,UKM)(Mei 2002 - Mei 2003) ; Pensyarah Jemputan untuk kursus Kesusasteraan Melayu, Universiti Malaysia Sabah (1996-1997) dan Penilai Luar di Jabatan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Sastera dan Sains Kemasyarakatan, Universiti Brunei Darussalam (2000-2002).
Siti Hawa Salleh juga dilantik sebagai Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM.
Aktiviti sosial
Beliau pernah menjadi Jawatankuasa Istilah Kesusasteraan, Bahagian Istilah DBP ( 1966-1971); Panel Anugerah Sastera Negara Malaysia (1971-1973) ; Jawatankuasa katalog manuskrip Melayu, DBP - PNM(1982-1985) ; Jawatankuasa Pakar Perunding Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, Bahagian Ensiklopedia , DBP (1989-1996); Sidang Pengarang SARI, IBKKM, UKM (1992-1995) ; Sidang Pengarang Jurnal Fiologi Melayu terbitan Pusat Manuskrip Melayu, PNM (1991 - kini ) dan Sidang Pengarang Malay Literature Journal terbitan DBP (1993 - kini )
Penulisan
Siti Hawa telah menyelidik banyak buku ilmiah termasuk menerbitkan buku Hikayat Merong Mahawangsa (1971 dan 1990); Hikayat Gul Bakawali (1986) ; jurnal Cendekia ; Kesusasteraan Melayu Tradisional (Penyelenggara 1997). Antologi Sebutir Pasir yang mengumpulkan 12 makalah dan kertas kerja tentang pelbagai aspek kesusasteraan Melayu tradisional (1992) dan sebagainya.
- Malay literature of the 19th century = Kesusasteraan Melayu abad kesembilan belas : Institut Terjemahan Negara Malaysia, 2010
- Hikayat Merong Mahawangsa / dikaji dan diperkenalkan oleh Siti Hawa Haji Salleh ; Yayasan Karyawan ; Universiti Malaya, 1998.
Pingat dan anugerah
Beliau telah dianugerahkan Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.) oleh Sultan Kedah ; Ahli Mahkota Kedah (A.M.K), Hadiah Sastera Malaysia untuk bidang makalah ilmiah 1988/1989 - Hikayat Merong Mahawangsa : Antara Mitos dan Realiti ; Anugerah Dermacipta DBP untuk penyelidikan Doktor Falsafah ; Hadiah Bahasa untuk Buku Ilmu Pengajian Tinggi - Kesusasteraan Melayu Abad Kesembilan Belas anjuran Persatuan Linguistik Malaysia & Public Bank dan Anugerah Khidmat 20 tahun di UKM.