peoplepill id: sheila-rusly
SR
2 views today
26 views this week
The basics

Quick Facts

The details (from wikipedia)

Biography

Sheila Rusly (lahir 18 September 1971) merupakan pelawak, pelakon, pengacara dan penerbit Malaysia yang popular dan pernah merangkul pelbagai anugerah, memiliki darah campuran Melayu dan Cina, beliau mula bergiat aktif di persada seni sejak 1986 ketika berusia 16 tahun.

Biografi

Ketika awal kemunculan beliau, Sheila banyak berlakon di bawah arahan pelawak terkenal AR Badul. Bakat komedinya dicungkil AR Badul hingga menjadi pelawak wanita paling popular di Malaysia.

Biarpun telah lama berlakon, populariti Sheila mula mendadak naik setelah muncul dalam trilogi Enot pada tahun 2002. Lakonan beliau yang bersahaja meletakkan beliau sebagai salah seorang aktres komedi paling berpengaruh. Sheila juga dikatakan sebagai pelawak wanita pertama Malaysia yang berjaya menjadi penghias kulit depan majalah fesyen.

Biarpun kesemua filem lakonan beliau bergenre komedi, Sheila juga aktif di kaca TV menerusi watak drama. Antara lakonan beliau yang disebut-sebut adalah menerusi watak banduan wanita dalam drama Sebuah Ijtihad dan Cinta Si Penggali Kubur (wanita rosak akhlak).

Bersama suami tercinta

Di layar perak, Sheila diingati menerusi watak komedinya dalam filem MX3 yang menggandingkan beliau dengan pelawak Saiful Apek. Gandingan Sheila dan Saiful meledakkan panggung dan dikenang sebagai pasangan pelawak paling hebat dalam filem Melayu. Sheila juga mencuri tumpuan apabila bergandingan bersama Afdlin Shauki dalam filem Diva Popular.

Sheila kini aktif sebagai penerbit dan banyak menerbitkan drama-drama bermutu untuk siaran televisyen tempatan. Menerusi drama Sebuah Ijtihad, produksi Sheila berjaya merangkul anugerah Drama Terbaik di Anugerah Skrin 2007.

Filemografi

Filem

Filem
TahunJudul & ArahanPerananNota
1986Hantu Siang
  • AR Badul

Feugo Production

X

Watak Pembantu

1988Guru Badul
  • AR Badul

Feugo Production

Nora

Watak Pembantu

1989Kembar Siam
  • AR Badul

SV Production

Rosnah

Watak Utama

1990Orang Kampung Otak Kimia
  • Aziz Sattar

SV Production

Leha

Watak Utama

1996Suami, Isteri & ...
  • Panshah

Berjaya Film

Jamilah

Watak Utama

2003MX3
  • Yusof Kelana

Skop Production & ME Communications

Dewi

Watak Pembantu

(Menang) Aktor Komedi Terbaik - Festival Filem Malaysia ke 17
2005Pontianak Menjerit
  • Yusof Kelana

Skop Production & ME Communications

Ratana Puri

Watak Pembantu

(Pencalonan) Aktres Pembantu Terbaik - Festival Filem Malaysia ke 18
2005Diva Popular
  • Erma Fatima

Amazon Entertainment

Puan Rin

Watak Utama

Anugerah dan pencapaian

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
TahunKategoriKeputusan
1989Pelakon Pembantu Wanita PopularDicalonkan
2002Artis Komedi Wanita PopularDicalonkan
2003Artis Komedi Wanita PopularMenang
Pelakon TV Wanita PopularDicalonkan
2004Artis Komedi Wanita PopularMenang
2005Artis Komedi Wanita PopularMenang
2006Artis Komedi Wanita PopularMenang
Pelakon TV Wanita PopularDicalonkan
2007Artis Komedi Wanita PopularMenang
Festival Filem Malaysia
TahunKarya TercalonKategoriKeputusan
2004 (FFM 17)MX3Pelakon Komedi TerbaikMenang
2005 (FFM 18)Pontianak MenjeritPelakon Pembantu Wanita TerbaikDicalonkan

Pengacara TV

  • Ketuk-Ketuk Ramadan (TV1)
  • Apa-apa Aje (TV3)

Rujukan

Pautan luar

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Menu Sheila Rusly

Basics

Introduction

Biografi

Filemografi

Anugerah dan pencapaian

Rujukan

Pautan luar

Also Viewed

Lists
Sheila Rusly is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Sheila Rusly
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes