peoplepill id: sharul-kamal
SK
Malaysia
1 views today
1 views this week
The basics

Quick Facts

Places
Place of birth
Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia
The details (from wikipedia)

Biography

Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman (lahir 3 Disember 1996) atau lebih dikenali sebagai Sharul Kamal merupakan seorang penyanyi, pelakon, komposer, penulis lirik dan pengacara televisyen di Malaysia. Beliau mula menceburi industri hiburan tanah air selepas berjaya memperoleh tempat keempat menerusi program realiti nyanyian popular, Akademi Fantasia musim ke-12 pada 2015. Sharul juga merupakan vokalis kumpulan DUNYA yang muncul dengan lagu debut berjudul "Kuala Lumpuh".

Kehidupan awal

Sharul dilahirkan pada 3 Disember 1996 di Port Dickson, Negeri Sembilan. Beliau merupakan anak kepada pasangan Kamarozaman @ Kamal dan Maznah Baba serta anak ketiga daripada empat orang adik-beradik yang kesemuanya lelaki.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Pondok As-Sofa, Rembau (kini dikenali sebagai Sekolah Tinggi Islam As Sofa) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Abdul Samad (SDASA), Port Dickson, Negeri Sembilan.

Semasa di bangku sekolah, Sharul sangat aktif menyertai pelbagai pertandingan sukan dan kokurikulum. Beliau pernah dinobatkan sebagai juara Pertandingan Qasidah dan Pertandingan Berzanji Peringkat Daerah Rembau ketika berusia sekitar 12 hingga 14 tahun. Selain itu, Sharul juga berjaya meraih tempat keempat dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Sembilan di mana beliau menghafal Al-Quran sehingga juzuk tiga.

Sharul juga aktif bermain sukan bola sepak dan pernah menyertai Akademi Bola Sepak Yayasan Negeri Sembilan. Bagaimanapun, Sharul berkata dia tidak berhasrat untuk meneruskan kerjaya dalam bidang itu kerana hanya menjadikan sukan tersebut sebagai hobi bagi mengisi masa lapang.

Beliau pernah melanjutkan pengajian dalam bidang Diploma Pengurusan Kreatif di Universiti Teknokogi MARA (UiTM) Puncak Perdana sehingga semester dua pada tahun 2014 hingga 2015. Sharul menangguhkan pengajian semasa menyertai Akademi Fantasia dan mengambil keputusan untuk tidak menyambung semula pengajiannya atas sebab-sebab tertentu.

Akademi Fantasia 2015

Sharul tersenarai sebagai salah seorang daripada enam belas calon pelajar yang dipilih untuk bersaing pada konsert penentuan bagi merebut tempat ke dalam Akademi Fantasia 2015.

Beliau berjaya diterima masuk bersama sebelas saingan lain sekaligus menjadikan dirinya peserta lelaki termuda dan satu-satunya peserta dari Negeri Sembilan pada musim itu. Sharul berjaya melangkah ke peringkat akhir bersama tiga lagi rakan seperjuangannya iaitu Sufi, Syamel serta Bila dan dinobatkan sebagai pemenang tempat keempat AF2015.

Berikut merupakan lagu-lagu tugasan yang dipersembahkan oleh Sharul ketika konsert mingguan Akademi Fantasia 2015 :

KonsertLagu TugasanPenyanyi AsalTema
Minggu 1"Kun Anta"Humood AlkhudherPenentuan
Minggu 2"Lagu Untukmu"Meet Uncle HussainCinta
Minggu 3"Apokalips"Dato' M. Nasir90-an
Minggu 4"Bangkit"Aril PilusBebas
Minggu 5"Awas"KRURunut Bunyi Filem (OST)
"Negatif"
Minggu 6"Patahnya Sayap Malam"MasaRock
Minggu 7"Bukan Cinta Biasa"Dato' Sri Siti NurhalizaIkon
Minggu 8"Bila Tiba"UnguPilihan Media & Penonton
"Like I'm Gonna Lose You" (duet bersama Bila)Meghan TrainorDuet
Minggu 9"Gadis Jolobu"Dato' Hattan & W.A.R.I.SWorld
"Tak Kenal Maka Tak Cinta" (duet bersama Nourul Depp)Roy & FranDuet
Minggu 10 (Minggu Akhir)"Just The Way You Are"Bruno MarsGrand Finale
"Hanya Kamu"Dirinya Sendiri

Kerjaya

Muzik

Sharul mula bergiat dalam industri seni sebagai penyanyi ketika berusia 19 tahun, selepas menyertai program realiti terbitan ASTRO, Akademi Fantasia musim ke-12 atau AF2015. Beliau mempertaruhkan single pertama berjudul 'Hanya Kamu' yang turut dipersembahkan pada konsert akhir program tersebut. Single sulungnya itu berjaya mendapat sambutan yang baik daripada peminat sehingga muzik videonya meraih lebih 800 ribu tontonan di saluran YouTube.

Pada tahun 2016, Sharul memperluaskan bakatnya dalam bidang penciptaan dan penulisan lirik lagu menerusi single keduanya berjudul 'Dengar'. Lagu pertama ciptaannya itu telah mula dihasilkan semasa beliau menyertai program Akademi Fantasia. Single tersebut turut menjadi lagu runut bunyi dalam telefilem Jula Juli Bintang Cinta.

Setelah hampir dua tahun bernaung di bawah label Astro Talent Management (kini dikenali sebagai Rocketfuel Entertainment), Sharul memaklumkan kontraknya dan beberapa artis lain telah ditamatkan secara mengejut pada April 2017. Selepas beberapa bulan, Sharul bernaung di bawah syarikat terbitan milik penyanyi Aepul Roza, ARE Studios. Beliau melancarkan single ketiganya berjudul 'Racun Rindu'.

Sharul kemudian menyertai syarikat rakaman Rhythm & Rhyme Entertainment (R&R) yang ditubuhkan pasangan penyanyi terkenal, Akim Ahmad dan Stacy. Di bawah label itu, Sharul menghasilkan single keempatnya iaitu 'Cantik' yang turut menjadi lagu runut bunyi drama lakonannya, Senafas Rindu.

Bagaimanapun, selepas hampir empat tahun bergerak sebagai penyanyi, perjalanan karier nyanyiannya dilihat agak perlahan berbanding rakan-rakan seangkatan yang lain.

Sharul mula menjadi perhatian selepas menyertai sebuah rancangan televisyen pertandingan muzik, Immortal Songs Malaysia pada tahun 2020. Menerusi pertandingan itu, beliau mempersembahkan lagu 'Seruling Anak Gembala' yang telah digubah menjadi versi rock pada minggu penyanyi legenda pop yeh-yeh, Dato' Jeffrydin. Beliau melakar kejutan selepas dinobatkan sebagai pemenang susunan lagu terbaik pada minggu itu sekaligus berjaya menewaskan lima penyanyi lain. Dalam satu kenyataan, Sharul mendedahkan kemenangannya ibarat 'rezeki terpijak' kerana penyertaannya dalam program tersebut hanya secara kebetulan bagi menggantikan penyanyi lain yang menarik diri pada saat akhir.

Pada tahun 2021, Sharul tampil membuat pembaharuan dalam kerjaya muziknya dengan bergerak bersama kugiran (band) dikenali sebagai DUNYA, dianggotai oleh Sharul selaku vokalis, Odot Qreebo (pemain dram) dan Tuah Johari (pemain bass). Sharul mempertaruhkan single debut bersama DUNYA bertajuk 'Kuala Lumpuh'. Lagu berentak pop rock itu merupakan hasil ciptaan beliau sendiri (menggunakan nama pena Amin), Hang Nadim (Akim Ahmad) dan Bunga Cantik (Stacy), manakala lirik ditulis sepenuhnya oleh Bunga Cantik. Muzik video lagu tersebut berjaya meraih hampir 150 ribu tontonan di saluran YouTube dalam masa tiga minggu.


Lakonan

Beliau membuat penampilan sulung sebagai pelakon menerusi telefilem komedi, Ustaz Baru Nak Start yang ditayangkan di saluran Astro Ria pada Ogos 2016. Telefilem itu juga menjadi batu loncatan untuk beliau mencipta nama dalam bidang lakonan selepas mula diberikan tawaran sebagai peranan kecil dalam beberapa buah drama dan telefilem. Pada tahun yang sama, Sharul tampil dengan watak antagonis menerusi telefilem keduanya, Dengan Nama Allah yang turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Beto Kusyairi, Sherry Ibrahim dan Ika Nabella.

Sharul mula dikenali ramai selepas membawakan watak sebagai Syukri menerusi drama Adam Chempaka. Drama yang ditayangkan di Slot Lestary TV3 itu turut dibintangi gandingan serasi, Adam Lee dan Sweet Qismina.


Pengacaraan

Di samping karier nyanyian dan lakonan, Sharul turut mengorak langkah dalam bidang pengacaraan apabila diberi peluang mengendalikan sebuah rancangan travelog terbitan Kembara Sufi Production, Travelog Backpackers musim pertama. Menerusi program itu, beliau membawa penonton menjelajah tujuh buah negara di Semenanjung Balkan bagi memberikan input menarik sepanjang pengembaraannya. Program yang bersiaran sebanyak 13 episod itu ditayangkan di saluran TV Okey (dahulu dikenali sebagai TVi) bermula 4 April 2019.

Dalam pada itu, nama Sharul mula menjadi sebutan selepas videonya mengalunkan azan dalam sebuah masjid di Mesir semasa penggambaran program Travelog Backpackers musim kedua tular di laman sosial sehingga mendapat perhatian media Indonesia.


Komedi

Sharul menyertai program realiti komedi terbitan ASTRO, Muzikal Lawak Superstar musim pertama pada 2019. Beliau bergabung bersama Eyya (Gegar Lawak) dan Pinky (Miss Lawak) menerusi kumpulan SEP, namun tersingkir di minggu kedua.

Kehidupan peribadi

Dalam satu temu bual bersama Harian Metro pada 2018, Sharul mengakui sebelum ini beliau pernah mengalami kemurungan sehingga berat badannya turun mendadak selepas berasakan dirinya seperti dipinggirkan di dalam industri muzik. Berkat dorongan dan sokongan keluarga, beliau kembali bangkit meneruskan kerjaya nyanyiannya.

Keluarga saya sangat menyokong apa saja saya lakukan. Mereka sanggup membantu jika saya menghadapi masalah kewangan. Mendengar kata-kata selain melihat wajah mereka, terus saya tersedar. Saya fikir bodoh jika cepat mengalah. Tambahan pula saya teringat saat saya bersusah payah menyertai uji bakat AF. Bagaimana bersemangatnya saya mahu menyertai pertandingan nyanyian itu. Mulai saat itu, saya terus bangkit dan enggan mempedulikan kata-kata orang. Saya kena keluar dari persembunyian dan tidak musnahkan impian ini.


Pada Februari 2020, Sharul dikejarkan ke hospital selepas disyaki mengalami simptom influenza MERS CoV atau COVID-19 ketika baru pulang menjalani penggambaran program Travelog Backpackers musim kedua di Mesir dan Arab Saudi. Bagaimanapun, hasil keputusan ujian saringan menunjukkan beliau negatif virus itu.

Pada Jun 2020, Sharul meluahkan rasa syukur selepas ibunya, Maznah Baba mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya. Perkongsian yang dimuat naik menerusi laman Twitter miliknya itu mengundang pelbagai respon positif daripada peminat.

Pada 1 Januari 2022, Sharul sah bergelar suami kepada Pegawai Perhubungan Awam syarikat rakaman Rusa Music, Raihan Amilin Mohd Roszaimi dengan sekali lafaz di Masjid Kota Raja, Klang. Sebelumnya, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup pada 3 Disember 2021.

Diskografi

Single (Solo)

TahunTajuk LaguCatatan
2015"Hanya Kamu"Lagu debut
2016"Dengar"OST Jula Juli Bintang Cinta
2017"Racun Rindu"Terbitan ARE Studios
2018"Cantik"OST Senafas Rindu
2020"Maaf"Lagu pertama bergenre Folk-Country
2022"Bunga Indah"OST Seratus

Single bersama

TahunTajuk LaguCatatan
2021"Kuala Lumpuh"Single debut kumpulan DUNYA
2022"Bunga Angkasa"bersama Aepul Roza

Video Muzik

TahunTajuk LaguSaluran YouTube
2015"Hanya Kamu"Astro Gempak
2019"Cantik"RHYTHM & RHYME ENTERTAINMENT
2020"Maaf"
2021"Kuala Lumpuh"
2022"Bunga Angkasa"MVM Music

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
2022SeratusHafizFilem pertama

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2017Urusan Hati Cik Drama QueenFadilAstro RiaDrama pertama
2019Senafas RinduMunir
Adam ChempakaSyukriTV3
2021Kuali Mentua Lauk MenantuSharolTV2
2023Melastik Ke Hatimu 2TJTV3

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2016Ustaz Baru Nak StartAmbiaAstro RiaTelefilem pertama
Dengan Nama AllahRahmat
2018Esok Untuk KitaYusufNTV7
Bukan Cerita Cinta KitaBudinAstro Ria
2019Senafas Rindu RayaMunir
Kisah Seram HostelAriffAstro Citra
2020Bujang Beraya BersamaFikriTV Okey
Kisah Seram HospitalFaizalAstro Citra
2021Puaka Hari RayaJep

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TVCatatan
2015Akademi Fantasia (musim 12)PesertaAstro RiaPemenang tempat ke-4
2016MeleTOP KebaboomArtis JemputanTetamu undangan bersama Bila AF2015
Motif ViralArtis JemputanMempromosikan single 'Dengar'
2018Travelog Backpackers (musim pertama)PengacaraTV OkeyTravelog Backpackers Di Balkan (13 episod)
2019hlive!Artis JemputanAstro RiaMempromosikan single 'Cantik'
CCTVArtis JemputanEdisi 11 Februari 2019 bersama pelakon drama Senafas Rindu
Muzikal Lawak Superstar 2019PesertaAstro WarnaMLS musim pertama (Kumpulan S.E.P)
2020Cef BaristaPengacaraTV OkeyMenjelajah ke restoran dan kafe unik (13 episod)
Malaysia Hari IniArtis JemputanTV3Edisi 10 Ogos 2020
MPop! (2020)Artis JemputanTV3, TV9MPop! episod 113
Immortal Songs (2020)PesertaTV3Juara mingguan episod 6: Dato' Jeffrydin
2021Travelog Backpackers (musim kedua)PengacaraTV OkeyTravelog Backpackers Mesir (13 episod)
Gempak TVArtis JemputanAstro RiaMempromosikan single 'Kuala Lumpuh'
Selamat Pagi MalaysiaTetamu UndanganTV1Mempromosikan program Travelog Backpackers musim kedua
#HTV Hiburan TVArtis JemputanTV2Mempromosikan single 'Kuala Lumpuh'

Rujukan

Pautan luar

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Sharul Kamal is in following lists

By work and/or country

comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Credits
References and sources
Sharul Kamal
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes