Sham Visa
Quick Facts
Biography
Rohisham bin Hashim (lahir 24 Februari 1971) atau lebih dikenali sebagai Sham Visa ialah seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia. Menerima jolokan "Tony Stark Malaysia", beliau terkenal sebagai vokalis kumpulan rock Malaysia, Visa, di mana beliau merakamkan dan menerbitkan tiga album bersama kumpulan itu — Visa (1992), Dalam Gerimis (1994) dan Ilham (1995). Sebagai pelakon, beliau pernah berlakon bersama Aida Aris dalam filem Debu-Debu Kasih pada 1995.
Pada tahun 2019, beliau ialah salah seorang peserta Gegar Vaganza musim keenam yang turut disertai oleh Jatt (Black Dog Bone), Noorshila Amin, Mazleela dan Wann. Beliau sebelum ini pernah bekerja di pelantar minyak. Jumlah pengikut beliau di Instagram melonjak lebih 35,000 dalam tempoh dua minggu.
Kerjaya
Gegar Vaganza (Musim 6)
Pada tahun 2019, Sham membuat kemunculan semula dengan menyertai Gegar Vaganza musim ke-6 dimana beliau adalah antara 13 bintang yang menyertai program tersebut. Berikut adalah persembahan mereka :
Konsert | Tema | Lagu | Penyanyi Asal | # |
---|---|---|---|---|
Minggu 1 | Lagu Ke Artis? | "Dalam Gerimis" | Visa | Ke-5 |
Minggu 2 | CarMa (Cari Makan) | "Untukmu Selamanya" | Visa | Ke-3 |
Minggu 3 | Yang Aneh Aneh | "Sayang Sayang" | Aliff Aziz | Ke-11 |
Minggu 4 | Haa... Tepuk | "My Heart" (duet Marsha Milan) | Irwansyah & Acha Septriasa | Ke-6 |
Minggu 5 | CurHat (Curahan Hati) | "Terima Kasih Cinta" | Afgan Syah Reza | Ke-8 |
Minggu 6 | Melets (Meletop) | "Suratan Takdir" | Gersang | Ke-6 |
Minggu 7 | Caras (Cara Sendiri) | "Pergi" | Aizat Amdan | Ke-8 |
Minggu 8 | Reset | "Separuh Aku" | Noah | Ke-7 |
Minggu 9 (Suku Akhir) | Komposer Hebat Dahulu Sekarang | "Dari Sinar Mata" | Bumi Putra Rockers | Ke-7 |
Minggu 10 (Separuh Akhir) | Fabulous | "Usang" | Rahim Maarof | Ke-6 |
"Permata Untuk Isteri" (duet bersama Kopratasa) | Kopratasa | Ke-6 | ||
Minggu 11 (Akhir) | Peluang Terakhir | "Haruskah Diuji" | Farish | Pemenang Tempat Ke-6 |
"Angguk-Angguk Geleng-Geleng (Battle bersama Jatt Ali) | Ahli Fiqir | Pemenang Tempat Ke-6 |
Kehidupan peribadi
Beliau telah berkahwin dengan bekas peserta Dewi Remaja 1994/1995, Ila Fatimah dan dikurniakan dua anak.
Diskografi
Album bersama Visa
- Visa (1992)
- Dalam Gerimis (1994)
- Ilham (1995)
- The Best Of Visa - album kompilasi (1997)
Solo
- "Umpama Mimpi Dalam Mimpi" (2003; bersama Baggio Damasutra dan Ijam Medicine)
Filemografi
Filem
- Putera (1994)
- Debu-Debu Kasih (1995)
- Kad Cinta (1995)
- Gemerlapan (1997)
Drama
- Antara Dua Jiwa
- Nadia
- Mencari Jalan Pulang
- Apartment 1-D
- Cekelat Honey (2018)
Telefilem
- Nenek Aku Instafamous (2019)