Shakilla Khoriri
Quick Facts
Biography
Nurul Shakilla binti Mohd Khoriri (lahir 27 Jun 1989) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia, yang kebanyakannya bergiat aktif di televisyen menerusi drama dan telefilem.
Kerjaya
Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada tahun 2009 dan telah membintangi beberapa buah drama dan telefilem, beliau amat terkenal dengan watak antagonis yang dilakonkannya. Antara drama yang menaikkan nama Shakilla ialah drama Adam dan Hawa di mana beliau memegang watak Eja iaitu adik kepada Nadiya Nisaa. Watak itu hanya diperolehi oleh beliau selepas tujuh tahun berkecimpung dalam dunia seni.
Kehidupan peribadi
Diugut kerana watak antagonis
Pada April 2014, Shakilla mendedahkan kepada media yang beliau pernah diserang oleh seorang wanita yang kelihatan tidak berpuas hati dan membenci dengan watak antagonis lakonannya di dalam sebuah drama. Menurutnya, beliau ketika itu sedang melayan peminat yang mahu bergambar dengannya sebelum wanita itu menyerangnya dari arah belakang. Selain itu, beliau turut menerima ugutan dirogol, dibunuh dan disimbah asid sekiranya beliau terus membawakan watak antagonis.
Pertunangan dan perkahwinan
Pada 16 Julai 2017, Shakilla telah bertunang dengan Fizi Ali yang merupakan seorang penyampai radio Suria FM. Pasangan ini telah bercinta selama empat tahun, dan keputusan untuk bertunang diambil selepas Fizi menghantar rombongan merisik pada awal Februari lalu.
Shakila sah menjadi isteri kepada Fizi pada 18 Februari 2018. Pasangan itu telah selamat diijabkalbulkan oleh bapa pengantin perempuan, Khoriri Markon dengan dua kali lafaz tepat pukul 10.37 pagi di Dewan Chersonese Media Hall, Maju Junction Mall, Kuala Lumpur. Pasangan ini dikurniakan bayi perempuan pada 14 Mac 2019 bernama Ameena Sofia.
Filemografi
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2009 | Seteguh Impian | TV2 | ||
Bagi Balik Jandaku | Astro Ria | |||
Akademi Polis | TV9 | |||
2010 | Adnan Sempit The Series | Astro Warna | ||
Duyung Aridinata | Tom Diana | TV3 | ||
Rumi & Juli | Astro Prima | |||
2012 | Bicara Hati | Yanie | Astro Prima | |
Adam & Hawa | Eja | Astro Ria | ||
2013 | Cinta Kau Dan Aku | Zamilah | TV1 | |
Kerana Sarah | Efira | TV3 | ||
2014 | Aku Isterinya | Suzanne | TV3 | |
Lembayung Kasihmu | TV2 | |||
Kusinero Cinta | Aishah | Astro Ria | ||
Kristal Maya | TV3 | |||
Cinta Ilahi | Shakira | TV3 | ||
2015 | Delina | TV3 | ||
Orang Gaji IQ | ||||
Bidadari | TV3 | |||
Kasih Malisa | Salmi | |||
Maria Terindah | ||||
Alif Imani | Nadia | TV3 | ||
Kasih Jasmin | Shera | |||
2016 | Anakku Diva | Amy | TV3 | |
Aku Bukan Bimbo | Astro Ria | |||
Uda Dan Dara | Astro Ria | |||
Jasmine | Opie | TV3 | ||
Impian Lulu | Sabrina | |||
2017 | Papa Ricky | Kayla | Astro Ria | |
Sape Dari Itali | Sarah | TV2 | ||
Cinta di Langit Cardiff | Natalia | TV2 | ||
2018 | Geng Tadarus | Lily | TV2 | |
Air Mata Di Bumi Matador | Harlina | TV2 | ||
Selamat Malam Tan Sri | TV2 |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2013 | Andai Itu Takdirnya | |||
2014 | Dari Pintu Neraka | |||
2015 | Cinta Gila | |||
Cempaka Padang Lerek | ||||
2016 | Alim-Alim Kucing | |||
Takraw Kampung | Su | TV9 | ||
Berhantunya Raya | Iftar | |||
2017 | Kapur Kuning Buat Puteh | Cikgu Suraya | ||
2018 | Luyak | Hidayah | TV2 |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2015 | Ketuk-Ketuk Ramadan | Artis Jemputan | TV1 | Episod 8 |
Rujukan
Pautan luar
- Shakilla Khoriri di Facebook
- Shakilla Khoriri di Twitter
- Shakilla Khoriri di Instagram