Rozinor Razali
Quick Facts
Biography
Rozinor Razali adalah seorang pengarah filem muda di Malaysia. Beliau memulakan karier beliau melalui filem pendeknya Sarah Marah pada tahun 2008. Selain itu karya beliau termasuklah Nilai Setitik Garisan, Sebuah Perhentian Kesukaan Aku Suatu Waktu Dahulu, Nasi Lemak 1.20 yang ‘Marvellous’ dan beberapa filem pendek mendapat pencalonan dalam festival filem Malaysia.
Beliau kini sedang menghasilkan filem cereka pertama beliau 'Jejak Megat'. Filem ini menggambarkan konsep penipuan dan pengkhianatan sebagai konflik utama dan kasih sayang sebagai kuasa terbesar semua tetapi takdir menentukan semua itu. Filem ini akan melalui pengambaran di Johor Bahru dengan kos bajet yang kecil.
Biografi
Pada tahun 2008, Rozinor Razali telah diberikan dana tajaan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bersama FINAS untuk belajar bidang penghasilan filem di New York Film Academy. Beliau yang berpengalaman selama 15 tahun dalam bidang Rekabentuk Grafik dan Multimedia dan juga berkelulusan Sarjana dalam pengkhususan Digital Media.
Memperolehi anugerah pelajar terbaik di NYFA, Rozinor Razali kembali ke Malaysia dan terus menerbit, menulis dan mengarah filem pendek pertama beliau, “Sarah Marah” dan telah memenangi pelbagai anugerah di Festival Filem Pop Montreal dalam tahun yang sama. Bukan hanya mengarah filem-filem pendek, Rozinor Razali juga turut terlibat dalam kerja-kerja pengarahan untuk telefilem, drama dan program realiti untuk siaran televisyen tempatan.Beliau juga merupakan seorang Pakar Industri Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia yang terlibat dalam pembangunan standard NOSS bagi bidang perfileman sektor industri kreatif.
Pada masa ini, Rozinor Razali bergiat cergas dalam memberi syarahan dan mengendalikan bengkel-bengkel penulisan dan pengarahan. Selain daripada itu, beliau sedang sibuk menerbit, menulis dan mengarah dokumentari ilmiah yang menuntut beliau untuk bekerjasama dengan universiti-universiti tempatan. Beliau juga akan menerbitkan dua buah buku dalam bidang tajuk penulisan skrip di dalam Bahasa Melayu dan akan mengarah skrip beliau sendiri bertajuk “Jejak Megat”.
Bagi memastikan kesinambungan kerja-kerja filem dilaksanakan oleh generasi selepasnya, beliau bersama beberapa pembikin filem muda seperti Nasrulhakeem, Allod, Farisshedi, Kamil Kahar, Amri Daud dll telah menubuhkan Kumpulan Pembikin Filem Muda (FILMUDA) dan beliau bertindak sebagai fasilitator mendidik cara pembikinan filem secara gerila dan ada dari mereka yang telah berjaya menempatkan diri dalam industri.
Filmografi
Filem Pendek
- Sarah Marah – Writer/Director (2008)
- Nasi Lemak 1.20 yang ‘Marvellous’ ‐ Writer/Director (2009)
- Sebuah Perhentian Kesukaan Aku Suatu Waktu Dulu ‐ Writer/Director (2009)
- Nilai Setitik Garisan ‐ Writer/Director (2009)
- My Perfect Anna – Videographer (2009)
- Kopi ‘O’ Pahit – Videographer (2009)
- Fringetown ‐ Writer/Director (2010)
- Sihir – Director/Videographer (2010)
- ‘VIVA’ Palestina – Videographer (2010)
- Kau Ada 3 Minit ‐ Writer/Director/Videographer (2011)
- Lambaian Marmara – Videographer (2011)
- Ali, Oh! Ali – Videographer (2011)
- Aqidah - Videographer (2018)
Penyiaran TV
- Resipi Tahun Baru – Assistant Director (2009)
- Murabbi – Assistant Director (2009)
- Mencari Lailatul Qadr – Director (2009)
- Tersungkur Di Pintu Syurga – Assistant Director (2009)
- Wayang Tok Woh – Director (2010)
- Disapa Izrael – Videographer (2011)
- Lari, Sayang Lari! – Assistant Director (2011)
- Masterchef Malaysia – Segment Producer (2011)
- Kembara Asia – Writer/Director (2012)
- Destinasi Cinta – Writer/Director (2012)
Video Musik
- Wish You Were Here – Director/Videographer (2008)
- Diri Aku – Director/Videographer (2009)
- OST Tolong! Awek Aku Pontianak – Videographer (2011)
- OST Lambaian Marmara – Videographer (2011)
Filem Cereka/Dokumentary/Belakan Tabir
- Usin, Mon & Jin Pakai Toncet – Videographer (2011)
- TyIcKoUnS – Videographer (2011)
- Hanyut – Videographer (2011)
- Uwei Shadows – Director/Videographer (2011)
- Proton Green Mobility Challenge – Director/Videographer (2012)
- Smart Grid for the Nation ‐ Director/Videographer (2012)
- BELACAK ‐ Director/Videographer (2013)
Rujukan
- Rozinor, R (2010). An Interview with School of Film & Broadcasting, Faculty of Media Studies, KLMUc. Buletin Utama TV3
- Rozinor, R (2018). Jejak Megat papar realiti konflik perisik operasi jenayah terancang. Utusan Online