Rashid Redza Md Salleh
Quick Facts
Biography
Datuk Wira Rashid Redza Md Salleh merupakan Mufti Negeri Melaka dan terpilih sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat Negeri Melaka 2011.
Rashid Redza (61 tahun) merupakan anak jati Melaka . Beliau adalah tokoh agama yang amat disegani di Melaka dan mula berkhidmat di Jabatan Agama Islam Melaka sejak 1982.
Latar belakang
Beliau merupakan anak ketiga daripada lima beradik. Bapa kepada lima cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan Datin Wira Zoriah Mohamad, adalah graduan dari Universiti Al-Azhar, Mesir dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Tokoh Maal Hijrah
Pada 27 November 2011, Datuk Wira Rashid Redza Md Salleh terpilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1433H negeri Melaka. Anugerah disampaikan sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri di Masjid Al Azim.
Beliau menerima hadiah wang tunai RM10,000, hadiah iringan, plak dan sijil penghargaan, yang disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.Tema sambutan Maal Hijrah pada tahun ini iaitu "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah", Rashid berkata pemilihan tema tersebut adalah bersesuaian dengan situasi masa kini kerana perpaduan adalah penting sebagai tiang atau kekuatan kepada sesesuatu agama.
Beliau berharap agar semua masyarakat Islam bersatu padu supaya dapat meningkatkan perkembangan Islam serta menepis segala anasir negatif, rintangan dan tohmahan dengan sabar dan bijaksana.