Raja Datuk Ideris Raja Ahmad
Quick Facts
Biography
YB Raja Datuk Ideris Raja Ahmad adalah ahli politik Malaysia yang merupakan Ahli Dewan Negeri Selangor (ADN) kawasan Sungai Air Tawar, Selangor. Beliau juga adalah ahli Lembaga Amanah Tabung Kumpulan Usaha Niaga (Tekun).
Isu dan Kontroversi
Pada 9 November 2009, saman pemula dikemukaan oleh beliau bersama-sama dengan ADUN Morib Hasiman Sidom dan Kuala Kubu Baharu Wong Koon Mun terhadap Teng Chang Kim dan enam JawatankuasaSelcat. Saman dikemukakan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam. Peguam mereka ialah Datuk V. Sithambaram , Kamarul Hisham Kamaruddin and Balvinder Singh Kenth. Turut disaman ialah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Setiausaha DUN Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor.
Artikel 72 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan sebarang prosiding dewan undangan tidak boleh ditimbulkan di mahkamah.Jadi saman ini tidak menepati locus standi.