Raja Ahmad Alauddin
Quick Facts
Biography
Raja Ahmad Alauddin bin Raja Mohamed Redzuan (19 Januari 1957–29 Ogos 2019) merupakan seorang pengarah televisyen dan filem Malaysia. Beliau juga ialah pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), pernah dinobatkan Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-9 (FFM9) melalui filem Hati Bukan Kristal (1990).
Raja Ahmad Alauddin merupakan lulusan pembikinan filem di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor dan di Amerika Syarikat. Beliau juga mempelajari seni perfileman di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.
Beliau meninggal dunia di kediamannya di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, kira-kira jam 6 pagi 29 Ogos 2019. Kematiannya disedari selepas beliau tidak muncul di tingkat bawah kediamannya untuk diambil pemandu yang sepatutnya membawa beliau ke lokasi penggambaran drama Pesan Pada Hati di Sungai Long, Kajang. Drama itu merupakan arahan terakhir beliau dan ia dtujukan khas dalam ingatannya.
Filemografi
Filem arahan
- Hati Bukan Kristal (1990)
- Lurah Dendam (1996)
- Qaisy & Laila (2005) - juga sebagai penulis skrip
- Kayangan (2007)
Drama arahan
- Wadi Unung (2009)
- Ahmad Durrah (2010)
- Atas Nama Cinta (2012)
- Ariana Rose (2013)
- Sebenarnya, Saya Isteri Dia! (2013)
- Hanya di Atas Kertas (2014)
- Mencintaimu (2015)
- Demi Cinta Ain (2016)
- Ku Kirim Cinta (2017)
- Curi-Curi Cinta (2019)
- Aurora Aisyah (2019)
- Kamar Kamariah (2019)
- Pesan Pada Hati (2019) - drama terakhir arahan
Telefilem arahan
- Fatihah Buatku (2014)
- Ada Sejadah Panjang Terbentang (2015)
Anugerah
- Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-9 (1991)
Rujukan
Pautan luar
- Raja Ahmad Alauddin di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)