peoplepill id: raja-afiq
RA
Malaysia
8 views today
4 views this week
Raja Afiq
Pelakon lelaki Malaysia

Raja Afiq

The basics

Quick Facts

Intro
Pelakon lelaki Malaysia
Places
Gender
Male
Religion(s):
Birth
Place of birth
Kuala Lumpur
Age
30 years
The details (from wikipedia)

Biography

Raja Muhammad Afiq bin Raja Razali (lahir pada 19 Ogos 1994) atau lebih dikenali sebagai Raja Afiq (Jawi: راج أفيق) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Bakat lakonannya mula dicungkil melalui uji bakat Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) pada tahun 2014. Afiq telah dilantik menjadi duta Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) pada tahun 2017. Sebelum ini, beliau juga pernah dilantik menjadi duta untuk Syukur Selalu iaitu slogan TV3 sempena hari raya tahun 2016.

Kerjaya lakonan

Bakat lakonan Raja Afiq mula dicungkil dalam uji bakat Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) pada 2014 yang dianjurkan oleh TV3 dan TV9. Bagaimanapun, beliau hanya mula melibatkan diri dalam bidang lakonan secara serius pada tahun berikutnya dengan menjadi watak sampingan dalam drama Hello, Mr. Perfect! yang diterajui Fattah Amin dan Ruhainies.

Pada tahun 2016, buat pertama kalinya beliau menjadi teraju utama dalam drama Sayangku Kapten Mukhriz sebagai Kapten Ustaz Mukhriz, seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bergelar ustaz yang cuba dipikat oleh Dr. Ariana Dahlia, seorang doktor lakonan Niena Baharun yang menjadi heroin dalam drama ini. Pada 2 Disember 2016, Afiq bersama Janna Nick berlakon di samping Puteri Balqis dalam telefilem Tangisan Izara arahan Shuhaimi Lua Abdullah.

Pada tahun 2017, beliau telah dilantik menjadi Duta Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2017. Afiq muncul dalam telefilem bertajuk Trauma, khas bersempena DFKL 2017 yang disiarkan pada 11 Mac 2017 di TV3 menerusi slot Cerekarama dan dibintangi oleh Janna Nick, Saharul Ridzwan, Dayana Roza, Idris Khan dan Zara Zya.

Kehidupan peribadi

Raja Afiq dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Beliau pernah menjalin hubungan dengan pelakon dan pengacara Anis Al-Idrus pada lewat 2016, namun hubungan mereka berakhir akibat perbezaan kreatif dan tiada persefahaman.

Filemografi

Kunci
Raja AfiqMenunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Drama

TahunTajukWatakSaluran TV
2014Cinta IlahiHanifTV3
2015Suami Sebelah RumahSam
Hello, Mr. Perfect!Arif Fikri
2016Sayangku Kapten MukhrizKapten Ustaz Mukhriz
Lara Cinta AmeenaRadhuan
2017Nazar Cinta RamadanFendyTV2
Lelaki Itu Pemilik HatikuLukman HakimiTV3
2018Cinta Bukan KristalSyafiq
Geng TadarusTV2
Cinta Koko CoklatMalikntv7
Ti Amo, Sweetheart 100 Hari!HilmanAstro Ria
Petua NenekNashTV3
2019Jodoh-jodoh AnnisaRoyAstro Prima
Cinta Non GrataHakimTV3
Adam ChempakaKhairil

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
2015Lilinkah AkuMahmudTV3
2016Ok Bah Kalau KauAzman
Hello, Mr. Perfect! RayaArif Fikri
Tangisan IzaraHaikal
2017Rombongan Marhaban Sesat JalanTV9
Awak Kat ManaFarid
Cerita Seram Paya HitamKamalAstro Citra
TraumaFazTV3
Pergilah CintaFazley
2018Din Sardin BerayaUmar
Sir DanialAminntv7
Neraka Kasih MaisarahZakuanTV3
2019Dia Tak BerdosaHisyamTV1

Televisyen

TahunTajukSebagaiSaluran TVCatatan
2017Apa Nak Makan Ni ?Artis JemputanTV310 Jun bersama Wan Sharmila
Ketuk-Ketuk RamadanTV114 Jun

Rujukan

Pautan luar

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Menu Raja Afiq

Basics

Introduction

Kerjaya lakonan

Kehidupan peribadi

Filemografi

Rujukan

Pautan luar

Lists

Also Viewed

Lists
Raja Afiq is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Credits
References and sources
Raja Afiq
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes