Rahmah Rahmat
Quick Facts
Biography
Rahmah binti Abdul Rahmat atau lebih dikenali sebagai Rahmah Rahmat adalah salah seorang seniwati filem etnik Melayu. Rahmah Rahmat dilahirkan di Singapura pada tahun 1943.Ibu bapanya adalah orang seni yang terkenal .Beliau adalah anak kepada seniwati Saamah.Bapanya Rahmat Aliseorang peniup Trompet dan pemuzikprofesional . Bapanya pernah muncul di dalam Filem Ibu (1953) sebagai pemain trompet dan pancaragam di dalam filem tersebut .Saamah, terlibat dengan wayang bangsawan pada usia muda dan kemudiannya menjadi pelakon filem di Malay Film Productions (MFP) di Singapura. Ibunya seorang pelakon terkenal di studio Malay Film Production Ltd dan ibunya pernah berlakon di dalam filem Bujang Lapok (1957) apabila ibunya memegang watak sebagai ibu kepada seniman Arwahyarham S. Shamsuddin di dalam filem tersebut . Ibunya ialah pelakon pembantu terkenal di Studio Jalan Ampas dan studio Cathay Keris . Abangnya Rahman juga pernah menjadi pelakon kanak - kanak di zaman kegemilangan Jalan Ampas . Filem lakonan abangnya ialah Filem Sangsara (1953) berlakon bersama RahmahdanFilem Panggilan Pulau{1954) sertaFilem Hang Tuah (1956)Rahman memegang watak Hang Tuah semasa Remaja/kanak - kanak. Adiknya pula menjadi pelakon pembantudan penyanyi di dalam Filem Batu Durhaka (1962).Beliau Pernah menjadi anak tiri kepada Arwahyarhamah Seniwati Latifah Omar apabila Ayahnya menikahi Latiffah Omar . Jarak umur antara Latifah dan Rahmah tidaklah begitu jauh .Walau Bagaimanapun, Perkahwinan di antara ayanhnya dan Latifah Omar berakhir dengan penceraian.
Penglibatan
Rahmah didedahkan kepada dunia filem sebelum beliau berusia sepuluh tahun. Ibu beliau tinggal di Boon Teck Road, iaitu penempatan bagi pelakon serta karyawan MFP. Rahmah yang tinggal dengan ibu beliau setelah ibu bapa beliau bercerai, sentiasa bergaul dengan orang filem pada setiap masa. Seawal umur tujuh tahun Rahmah sudah berdepan dengan kamera.Filem pertama Beliau adalah Filem Sangsara (1953) sebagai pelakon kanak-kanak.Didalam Filem ini,beliau memegang watak sebagai Seniwati Normadiah semasa kecil.Pada ketika itu juga,usianya baru mencecah 10 Tahun.
Beliau bukan sahaja boleh berlakon malah menyanyi dan menari. Antara lagu yang pernah dinyanyikan beliau adalah Lagu Tanda Kasih berduet bersama seniman Ahmad Mahmud serta lagu Lagu Selendang Sayang. Watak Rahmah Rahmat terkenal di dalamfilem Nujum Pa' Belalang apabila beliau memegang watak sebagai Ketua penari dan menyanyikan lagu Ketipang Payungsuara asal nyanyian Saloma di dalam Filem tersebut . Seterusnya,kemunculanya di dalam filem Musang Berjanggut pula adalahpada babak memainkan permainan Nenek sibongkok tiga bersama seniwati Saadiah . Antara lagu beliau yang lain adalah seperti Pahlawan Pesaka dalam filem Lela Manja 1960, Jangan Tinggi Diri, Temasya Berdendang dan lain-lain lagi.
Beliau banyak menjadi pelakon tambahan dan pelakon pembantu dizaman era Jalan Ampas.Walaubagaimanapun,Beliau membawa watak jahat dengan bergitu berkesan didalamFilem Dandan Setia,Megat Terawis ,Filem Sri Tanjung danFilem Gerak Kilat.Sementara itu beliau juga berjaya membawa watak sebagai isteri yang curang didalam Filem Gerhana .
Pada zaman remaja beliau, Rahmah banyak terbabit dalam bidang tarian. Beliau menjadi penari latar untuk kebanyakan filem terbitan MFP sekitar tahun 1950-an. Beliau memang berkemahiran dalam bidang tarian selain boleh menyanyi dengan baik. Menjelang tahun 1960-an barulah Rahmah mendapat peluang berlakon. Itupun untuk peranan pembantu atau sampingan. Rahmah agak kesal juga kerana tidak ada pengarah filem yang mahu memberi beliau peluang memegang peranan penting seperti rakan sekerja yang juga kawan baik beliau, Hashimah Yon .
Peluang yang sekian lama ditunggu-tunggu oleh Rahmah Rahmat untuk menjadi heroin hampir tiba pada tahun 1959. P. Ramlee ingin mengetengahkan beliau sebagai heroin dalam filem, Pendekar Bujang Lapok. Walau bagaimanapun, Rahmah dikehendaki menjalani uji bakat di depan kamera. Dalam uji bakat tersebut, Rahmah bersaing dengan dua calon lain, iaitu Siti Hawa Majid dan Rosnah Rose Yatimah, kawan rapat beliau di Boon Teck Road. Secara logik, Rahmah mempunyai harapan yang paling besar untuk lulus uji bakat kerana memiliki pengalaman berlakon. Namun, nasib tidak menyebelahi beliau apabila P. Ramlee memilih Rose Yatimah memegang peranan heroin dalam Pendekar Bujang Lapok.
Diantara ramai pengarah yang berada di Industri perfileman Melayu,hanya Datuk Jamil Sulong danSenimanNordin Ahmadsahaja yang mengambil beliau berlakon didalam filem mereka dengan memegang watak utama,watak utama ke-2 dan pelakon pembantu.
Perkahwinan
Beliau mendirikan rumahtangga dengan Tan Sri Jins Shamsuddin pada waktu itu ketika beliau berusia 18 tahun pada tahun 1961 . Mereka dikuriakan seorang anak lelaki yang bernama Mohd Jefri Zain . Walau bagaimanapun, rumahtangga mereka berakhir dengan perceraian pada tahun 1963 dan sempat bertahan selama 2 tahun sahaja . Selepas beberapa lama selepas itu, beliau berkahwin semulauntuk kali kedua dengan seorang pegawai polis Singapura iaitu Jaafar Awang pada tahun 1969 dan mereka dikurniakan 3 orang hasil perkahwinan rahmah dengan beliau. Jefri Zain diletakkan dalam jagaan Rahmah dan Jaafar .Perkahwinan ini berkekalan sehingga akhir hayatnya.
Bersara
Beliau mengundurkan diri didalam industri perfileman pada tahun 1970 dan meneruskan kariernya sebagai pengandam pengantin dan juga suri rumah sepenuh masa .
Kematian
Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 29 Mac 1993 di Hospital Besar Singapura,Singapura ketika berusia 50 Tahun akibat penyakit barah payudara.Pada ketika itu juga ialah beberapa hari selepas menyambut Hari Raya Aidilfitri 1993 .
Filem lakonan
- Filem Sangsara -(1953) -(Pelakon Kanak-kanak)
- Hang Tuah - (1956) - (Pelakon tambahan)
- Filem Gergasi - (1958) - (Pelakon Tambahan)
- Sumpah Orang Minyak - (1958) -(Pelakon Pembantu)
- Filem Matahari -(1958) -(Pelakon Pembantu)
- Musang Berjanggut -(1959) -(Pelakon Tambahan)
- Raja Laksamana Bentan - (1959) - (Pelakon Tambahan)
- Batu Belah Batu Bertangkup -(1959) - (Pelakon Pembantu)
- Antara Dua Darjat - 1960 - (Pelakon Tambahan)
- Filem Darah Muda - (1963) - (Pelakon Pembantu)
- Nujum Pa' Belalang- (1959) - (Pelakon Tambahan)
- Filem Dandan Setia- (1959) -(Pelakon Pembantu)
- Filem Lela Manja -(1960) -(Pelakon Tambahan)
- Megat Terawis -(1960) -(Pelakon Pembantu)
- Isi Neraka -(1960) -(Pelakon Pembantu)
- Antara Dua Darjat -(1960) -(Pelakon Tambahan)
- Filem Sri Tanjung- (1961)-(Pelakon Pembantu)
- Filem Batu Durhaka - (1962) -(Pelakon Pembantu)
- Filem Gerhana -(1962) -(Pelakon Pembantu)
- Mambang Moden -(1964) -(Pelakon Pembantu)
- Melanchong Ka Tokyo - (1964) - (Pelakon Pembantu)
- Filem Gerak Kilat - (1966) - (Pelakon Pembantu)
- Filem Raja Bersiong -(1968) -(Pelakon Pembantu)
- Keranda Berdarah -(1969) -(Pelakon Pembantu)
- Lubang Neraka -(1970) -(Pelakon pembantu)
Suara Nyanyian
- Jangan Adik Angan Angan Ost Musang Berjanggut.
- Nenek Si Bongkok Tiga Ost Musang Berjanggut.
- Alangkah Indah DiWaktu Pagi Ost Ali Baba Bujang Lapok.
- Ketipang Payung Ost Nujum Pak Belalang.
- Tanda Kaseh Ost Isi Neraka berduet dengan Ahmad Mahmud
- Jangan Tinggi Diri Ost Dandan Setia
- Kembang Disayang Ost Dandan Setia
- Pahlawan Pesaka Ost Lela Manja
- Menawan Hati berduet dengan Aziz Sattar
Info Tambahan
- Filem Terakhir Rahmah Rahmat ialah Lubang Neraka (1970)arahan seniman arwahyarham Nordin Ahmad keluaran Cathay- Keris Film Production.Selepas itu Rahmah Rahmah bersara dari industri perfileman dan meneruskan kariernya sebagai pengandam pengantindan suri rumah .
Rujukan
Pautan luar
- Rahmah Rahmat di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)