peoplepill id: rahim-razali
RR
Malaysia
1 views today
1 views this week
Rahim Razali
Malaysian film and television actor, director, screenwriter and producer

Rahim Razali

The basics

Quick Facts

Intro
Malaysian film and television actor, director, screenwriter and producer
Places
Gender
Male
Age
85 years
The details (from wikipedia)

Biography

Datuk Haji Abdul Rahim bin Haji Mohd Razali atau lebih dikenali sebagai Rahim Razali (lahir 3 Julai 1939 di Batu Gajah, Perak merupakan pelakon filem, dramatis dan pengacara sukan, pengarah, penerbit Filem, penerbit TV, jururunding skrip, dan penulis tersohor di Malaysia.

Pendidikan

Sekolah aliran Inggeris di Sekolah Anderson, Ipoh.Kemudian melanjutkan pelajaran ke Universiti Melbourne selama lima tahun dalam jurusan Chartered Accountancy di bawah Rancangan Colombo.

Kerjaya

Beliau bekerja sebagai pembantu penyiaran di Radio Malaya, Tobacco Co. Bhd, di Kementerian Kebudayaan, dan SSC & B Lintas Sdn. Bhd dan syarikat iklan rokok SH Benson Advertising Company. Seterusnya bekerja di Fleet Communication. 1981 menubuhkan syarikat sendiri Angkatan Seniman Abad XX Sdn Bhd bersama Wan Rohani Zain, bekas penyampai berita RTM.

Pelakon

Sejak 1950an beliau menjadi penulis skrip dan pengarah bagi drama di sekolahnya.Di Australia , Rahim menyertai Melbourne University Theatre Dub, Brighton Theatre Group, dan Australia Broadcasting Commission. 1963, berlakon sebagai Hamlet dalam Hamlet iaitu persembahan untuk Brighton Thearte Group. Pada tahun 2010 beliau mengarahkan Muzikal Uda & Dara karya asal Usman Awang. Beliau bertanggungjawab mencungkil dan menyerlahkan bakat lakonan ramai bintang sejak era 70an, dan terbaru beliau berjaya menampilkan penyanyi popular Misha Omar sebagai bintang teater muzikal yang mempunyai keseimbangan dalam bidang lakonan dan nyanyian.

Beliau menerbitkan 50 drama televisyen di RTM dan berlakon 15 buah filem.

Sejak 1960an menceburi dunia lakonan di RTM. Sejak 1981 telah mengarah 8 buah filem dan filemnya terpilih mewakili negara ke Tokyo International Film Festival, London International Film Festival dan lain-lain.

Filemografi

Filem

  1. 2016 - Munafik - (Pelakon Pembantu)
  2. 2016 - Ola Bola - (Artis Jemputan)
  3. 2015 - Kapsul - (Pelakon Tambahan)
  4. 2014 - Anak Jantan - (Pelakon Tambahan)
  5. 2014 - Balistik - (Artis Jemputan)
  6. 2014 - Sayang Disayang - (Pelakon Utama)
  7. 2013 - Malam Penuh Bermisteri - (Pelakon Utama)
  8. 2011 - Nur Kasih The Movie - (Artis Jemputan)
  9. 2010 - Hikayat Merong Mahawangsa - (Pelakon Pembantu)
  10. 2010 - 4 Madu - (Pelakon Utama)
  11. 2010 - Janin - (Artis Jemputan)
  12. 2010 - Andartu Terlampau 21 Hari Mencari Suami - (Pelakon Pembantu)
  13. 2009 - Muallaf - (Pelakon Pembantu)
  14. 2009 - Pisau Cukur - (Pelakon Pembantu)
  15. 2009 - Cinta Terakhir - (Pelakon Pembantu)
  16. 2008 - CUCI - (Pelakon Pembantu)
  17. 2008 - Jarum Halus - (Pelakon Pembantu)
  18. 2007 - 1957 Hati Malaya - (Artis Jemputan)
  19. 2007 - Qabil Khusry Qabil Igam - (Pelakon Utama)
  20. 2006 - Cinta - (Pelakon Utama)
  21. 2004 - Puteri Gunung Ledang - (Pelakon Utama)
  22. 2003 - Aku Kaya The Movie - (Pelakon Pembantu)
  23. 2002 - Embun - (Pelakon Pembantu)
  24. 2002 - KL Menjerit - (Pelakon Pembantu)
  25. 1993 - Abang 92 - (Pelakon Pembantu)
  26. 1987 - Puteri - (Pelakon Pembantu)
  27. 1981 - Tsu Feh Sofiah - (Pelakon Utama)
  28. 1981 - Abang - (Pelakon Utama)
  29. 1978 - Dayang Suhana - (Pelakon Utama)

Pengarah Filem

  1. 1981 - Tsu Feh Sofiah - (Pengarah), cerita asal & lakon layar
  2. 1981 - Abang - (Pengarah) & cerita asal
  3. 1982 - Pemburu - (Cerita Asal), lakon layar, & pengarah
  4. 1984 - Matinya Seorang Patriot - (lakon layar), pengarah & cerita asal
  5. 1987 - Puteri - (Pengarah), cerita asal & lakon layar
  6. 1989 - Anak Sarawak - (Pengarah), lakon layar & cerita asal
  7. 1990 - Rentak Desa - (Pengarah) & cerita asal
  8. 1990 - Warna-Warna Hati - (Cerita Asal) & lakon layar
  9. 1993 - Abang 92 - (Pengarah) & lakon layar
  10. 1997 - Iman Alone - (Pengarah) & cerita asal, lakon layar

Anugerah

  1. 2007 - Festival Filem Malaysia ke-20 - Pelakon Lelaki Terbaik (Dalam Watak Pembantu)
  2. 1986 - Festival Filem Malaysia ke-6 - Pengarah Terbaik
  3. 1986 - Festival Filem Malaysia ke-6 - Skrip Terbaik
  4. 1984 - Festival Filem Malaysia ke-5 - Sutradara Terbaik
  5. 1984 - Festival Filem Malaysia ke-5 - Lakonlayar Terbaik
  6. 1981 - Festival Filem Malaysia ke-2 - Pelakon Lelaki Terbaik
  7. 1981 - Festival Filem Malaysia ke-2 - Skrip Terbaik

    Pengacara sukan

    Beliau minat sukan terutama bola sepak, ragbi, hoki, tenis dan terkini golf. Kerjaya pengacara sukan dipupuk sejak 1965 lagi .

    Rujukan

    Pautan luar

    The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
    Lists
    Rahim Razali is in following lists
    comments so far.
    Comments
    From our partners
    Sponsored
    Rahim Razali
    arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes