peoplepill id: norman-bin-abdul-halim
NBAH
1 views today
1 views this week
Norman bin Abdul Halim
Pengasas dan Ketua Pengawai Eksekutif KRU Studio Malaysia

Norman bin Abdul Halim

The basics

Quick Facts

Intro
Pengasas dan Ketua Pengawai Eksekutif KRU Studio Malaysia
Work field
Gender
Male
Religion(s):
Place of birth
London, UK
Age
54 years
Instruments:
The details (from wikipedia)

Biography

Dato' Norman bin Abdul Halim (lahir 5 Februari 1972) merupakan salah seorang daripada ahli kumpulan KRU. Beliau juga merupakan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios. Beliau juga menjadi Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia pada 2010.

Biografi

Norman dilahirkan pada 5 Februari 1970 di London, England dan dibesarkan di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau merupakan anak sulung daripada empat beradik kepada pasangan Abdul Halim bin Kamal dan Zarina binti Abdul Wahab Fenner.

Beliau bersama dua adik lelakinya, Yusry dan Edry menubuhkan KRU pada 1992, yang mana beliau merupakan penyanyi rap dalam kumpulan ini. Antara lagu nyanyiannya bersama KRU ialah "Cherrina", "Diari Metropolitan", "Fanatik", "Won’t Look Back" dan "C’mon Lah" yang kesemuanya menampilkan nyanyian rap beliau.

Pada 8 Julai 2009, Norman berkahwin dengan Datin Dr. Shireen Mardziah Hashim yang tujuh tahun lebih tua daripadanya, pasangan ini berkahwin di Masjid Saidina Umar Al-Khattab dan dihadiri oleh keluarga, saudara-mara dan sahabat handai. Shireen ialah sepupu kepada Emilia Mohamad, isteri kepada adik Norman, Edry.

Pada Januari 2016, beliau dianugerahkan gelaran Dato’ oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bersempena dengan keputeraan baginda. Beliau merupakan antara 85 penerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk, penerima lain termasuk penerbit Ziela Jalil dan pelakon Hans Isaac. Beliau juga berhasrat untuk membangunkan industri kreatif di Pahang.

Pada 18 April 2018, Norman mewakili anggota KRU - Yusry dan Edry mengumumkan pembubaran mereka selepas konsert terakhir mereka, Konsert Gergasi KRU25 yang akan berlangsung di Istana Budaya selama tiga hari mulai 4 hingga 6 Mei 2018, dengan tiket sebanyak 80 peratus telah dijual. Norman turut memaklumkan entiti KRU dalam bidang perniagaan akan tetap berterusan dan beroperasi seperti biasa.

Diskografi

Filemografi

Sebagai penerbit
  • 2006 — Cicakman
  • 2008 — Duyung
  • 2008 — Cicakman 2 - Planet Hitam
  • 2009 — My Spy
  • 2010 — Jin Notti
  • 2010 — Magika
  • 2010 — Hikayat Merong Mahawangsa
  • 2011 — Karak
  • 2012 — Cinta Kura Kura
  • 2012 — 29 Februari

Lihat juga

  • KRU

Rujukan

Pautan luar

  • Norman KRU di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Norman bin Abdul Halim is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Credits
References and sources
Norman bin Abdul Halim
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes