Noraini Jane
Quick Facts
Biography
Yang Berbahagia Mulia Datin Seri Noraini Jane binti Tan Sri Kamarul Ariffin ialah anak kepada Tan Sri Kamarul Ariffin Mohamed Yassin dan isteri kepada bekas Raja Kechil Sulung Perak Yang Amat Mulia Raja Ashman Shah yang merupakan anakanda kepada Sultan Perak ke-34, Almarhum Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah. Wajahnya menyamai orang pan-asian kerana ibunya keturunan British. Raja Ashman Shah dilantik sebagai Raja Kecil Sulung Perak pada 16 Mac 2010.
Pendidikan
Beliau pernah belajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara dan Garden International School, Bukit Kiara.
Perkahwinan
Datin Seri Noraini Jane telah berkahwin dengan Raja Ashman Shah pada 26 September 1991. Suaminya mangkat pada 30 Mac 2012 di rumah mereka di Jalan Setia Kasih 5, Bukit Damansara, Kuala Lumpur akibat serangan asma.
Kerjaya
Noraini Jane pernah berlakon filem Jasmin 1984 dan 1986 dan mendapat pengiktirafan Anugerah Pelakon Wanita Terbaik 1984 . Beliau berlakon bersama Rosnani Jamil dalam filem arahan bapanya Tan Sri Kamarul Arrifin.
Keluarga
Beliau memiliki tiga orang cahaya mata bersama suami, Yang Mulia Almarhum Datuk Seri Raja Ashman Shah. Antaranya ialah anak lelaki tunggalnya, Yang Amat Mulia Raja Ahmad Nazim Azlan Shah ibni Almarhum Dato' Seri Raja Ashman Shah (sekarang bergelar Raja Kechil Sulung Perak). Anaknya yang lain ialah Yang Mulia Raja Eminah Aliyah dan Yang Mulia Raja Bainunisa Safia.
Kelahiran
1. Datin Seri Noraini Jane (dilahirkan pada (1959-07-25)25 Julai 1959 (Umur 58 tahun, 1 bulan dan 27 hari di Kuala Lumpur).
2. Raja Eminah Alliyah (dilahirkan pada (1992-09-17)17 September 1992 (Umur 25 tahun dan 4 hari).
3. Raja Ahmad Nazim Azlan Shah (dilahirkan pada (1994-03-10)10 Mac 1994 (Umur 23 tahun, 6 bulan dan 11 hari di Kuala Lumpur).
4. Raja Bainunnisa Safia (dilahirkan pada (1995-04-03)3 April 1995 (Umur 23 tahun, 5 bulan dan 18 hari).