peoplepill id: noor-suzaily-mukhtar
NSM
1 views today
5 views this week
Noor Suzaily Mukhtar

Noor Suzaily Mukhtar

The basics

Quick Facts

The details (from wikipedia)

Biography

Noor Suzaily Mukhtar (9 Jun 1976 - 7 Oktober 2000) merupakan wanita mangsa rogol dan pembunuhan kejam pada 7 Oktober 2000. Beliau dirogol, diliwat dan dibunuh di dalam sebuah bas persiaran ketika dalam perjalanan untuk ke tempat kerjanya.

Biodata

Noor Suzaily Mukhtar dilahirkan pada 9 Jun 1976 di Kangar, Perlis bekerja sebagai jurutera komputer di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak ketiga dan anak perempuan tunggal kepada Mukhtar Ibrahim dan Harison Husin, beliau lebih dikenali Suzy dan merupakan anak yang paling manja dalam keluarganya. Beliau turut menjadi harapan ibubapanya yang sanggup berbuat apa sahaja demi membiayai pelajarannya di United Kingdom.

Pembunuhan dan kematian

Noor Suzaily, 24 tahun, yang bekerja sebagai jurutera komputer telah menaiki sebuah bas awam ke tempat kerjanya, Pantai Medical Centre bagi melaporkan diri untuk memulakan kerjaya impiannya. Sebaik mengesyaki sesuatu yang mencurigakan, Noor Suzaily mula panik. Beliau dikatakan menjerit untuk meminta bantuan, tetapi telah ditampar dan ditumbuk oleh penyerangnya ketika pergelutan.

Malang tidak berbau, Noor Suzaily telah dirogol dan diperlakukan dengan kejam di dalam sebuah bas ekspres oleh pemandunya, sekaligus meragut nyawanya. Selain dirogol dan diliwat, mangsa turut dipukul tanpa belas kasihan sehingga menyebabkan 44 kesan kecederaan pada tubuhnya. Mayat mangsa kemudiannya dicampakkan di sebuah kawasan perumahan di Bukit Tinggi, Klang dan ditemui oleh pihak polis dan pakar sains forensik, dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh keluarganya.

Jenazah Allahyarhamah Noor Suzaily telah dikebumikan di tanah perkuburan di tempat kelahirannya di Kangar, Perlis.

Hanafi Mat Hassan

Pelaku utama bagi kes rogol dan bunuh Noor Suzaily ialah Hanafi Mat Hassan (1966-2008) yang bekerja sebagai pemandu bas, Hanafi berasal dari Kampung Renek, Kota Bharu, Kelantan dan pernah berkahwin sebanyak empat kali, dan bercerai tiga kali. Anak bongsu beliau hasil dari perkahwinannya yang keempat meninggal dunia. Beliau ditahan oleh pihak polis di terminal bas Klang, 3 hari selepas kejadian.

Hanafi, berusia 34 tahun didapati bersalah dan dihukum gantung oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25 April 2002 kerana membunuh Noor Suzaily, 24, di antara Lorong Pegaga, Taman Chi Liung dan tapak pembinaan projek perumahan di Taman Bukit Tinggi, Klang di antara jam 8.50 pagi hingga 9.15 pagi pada 7 Oktober 2000.

Beliau juga menerima hukuman penjara 20 tahun dan 12 sebatan atas tuduhan merogol mangsa. Hukuman penjara yang dikenakan itu adalah maksimum mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Kes berkenaan mendapat liputan meluas sejak mayat Noor Suzaily ditemui dalam keadaan bogel dengan 44 kesan kecederaan di tepi jalan kawasan pembinaan Bukit Tinggi Klang pada petang hari yang sama. Hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat dijerut.

Perbicaraan kes itu bermula pada 12 Mac 2001 di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan rayuan terakhir Hanafi ditolak oleh Mahkamah Persekutuan pada 12 Disember 2006.

Berdasarkan fail Polis Diraja Malaysia, Hanafi pernah terlibat dan dikehendaki bagi kes merogol yang melibatkan bekas isterinya di Mentakab, Pahang pada tahun 1988. Tertuduh juga pernah terbabit dalam kes pecah amanah di Subang Jaya, Selangor pada 1994 di samping didapati bersalah bagi kes samun dan dikenakan dua kali sebatan di Chukai, Terengganu pada 1996.

Pada subuh 19 Disember 2008, Hanafi Mat Hassan maut di tali gantung di Penjara Sungai Buloh, Selangor. Ketika itu, beliau berusia 42 tahun, mayatnya dibawa ke Hospital Kajang untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dibawa pulang ke kampung halamannya di Binjai, Kelantan. Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Kubur Datu, Binjai, kira-kira jam 6 petang.

Di dalam media

TV3 menerusi rancangan “KES: Kronologi. Eksklusif. Siasatan” terbitannya menyiarkan kes pembunuhan Noor Suzaily.

Lihat juga

  • Canny Ong

Rujukan

Pautan luar

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Menu Noor Suzaily Mukhtar

Basics

Introduction

Biodata

Pembunuhan dan kematian

Hanafi Mat Hassan

Di dalam media

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Also Viewed

Lists
Noor Suzaily Mukhtar is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Noor Suzaily Mukhtar
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes