peoplepill id: nina-juren
NJ
Malaysia
5 views today
5 views this week
Nina Juren
Malaysian actress

Nina Juren

The basics

Quick Facts

Intro
Malaysian actress
Places
Gender
Female
Religion(s):
Place of birth
Bangsar
Age
53 years
The details (from wikipedia)

Biography

Datin Seri Haznina Juren binti Haniff (lahir 20 Januari 1971) atau lebih dikenali sebagai Nina Juren merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Sepanjang kerjayanya dalam bidang lakonan, beliau telah membintangi sebanyak puluhan filem, drama dan telefilem. Kemunculan beliau dalam dunia seni lakonan sezaman dengan Zizie Ezette, Shaheizy Sam, Nasrizal Ngasri, Anne Ngasri, Rusdi Ramli, Tasha Aziz, Ahmad Idham dan ramai lagi pelakon yang aktif sejak 1990an.

Kehidupan awal

Datin Seri Nina dilahirkan sebagai Haznina Juren binti Hanif pada 20 Januari 1971 di Bangsar, Kuala Lumpur, beliau merupakan anak bongsu daripada dua beradik dalam keluarganya.

Kerjaya

Kerjaya lakonan Datin Seri Nina bermula pada 1993 ketika beliau berusia 22 tahun menerusi filem arahan Nahar Akbar Khan, Imigran, beliau menjayakan peranan sebagai Azura. Selepas muncul dengan Imigran, Nina dilamar oleh pengarah Aziz M. Osman bagi membintangi filem Femina (1994) yang mengangkat tema feminisme.

Pada tahun 1995, beliau merupakan salah seorang bintang tamu sitkom Cili Padi arahan Aziz. Dua tahun kemudian, beliau kemudiannya bekerja sekali lagi di bawah Aziz menerusi filem Puteri Impian yang dibintangi oleh Amy Mastura. Nina kemudiannya digandingkan bersama Eman Manan dan Rosyam Nor dalam filem drama aksi 1998, Lenjan arahan Ismail Yaacob dengan skrip tulisan Akhbar Hashim. Dalam filem ini, beliau melakonkan watak Zita, isteri kepadaAmir lakonan Eman. Filem yang ditayangkan pada 2 Julai 1998 ini berjaya mengangkat nama Nina sebagai pelakon berbakat apabila namanya disenarai sebagai calon akhir Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-13 pada 1999.

Nina menjadi sebahagian dari barisan pelakon drama Idaman termasuk Jalaluddin Hassan, Sean Ghazi, Rosyam Nor, Deanna Yusoff. Idaman mencipta sejarah sebagai Drama Melayu Paling Terpanjang di Dunia oleh The Malaysia Book of Records, beliau memegang watak sebagai Tasha; ia disiarkan di Astro Ria dari 1998 hingga 2001.

Selepas sekian lama menyepi, pada tahun 2008, Nina kembali aktif berlakon, dengan membintangi drama Impak Maksima the Series, yang diadaptasi dari filem 2007 dengan tajuk sama arahan Ahmad Idham.

Bekerja di bawah arahan pelakon Aaron Aziz, Nina muncul dalam filem sulung arahan Aaron, Romeo Kota (2015). Beliau juga muncul bersama Fattah Amin dan Neelofa dalam drama adaptasi novel, Suri Hati Mr. Pilot, memegang watak sebagai Puan Seri Nabihah.

Kehidupan peribadi

Beliau berkahwin dengan Dato' Seri Ibrahim Md Nor pada 2002 dan dikurniakan enam anak, dua daripadanya ialah kembar. Anak-anak beliau ialah Heidi Ariana, Mira Sethina dan Myra Jasmine, Nina Melor, Seth Imran dan Nina Jasmine. Nina mengambil keputusan berehat daripada kerjaya lakonannya pada 2008 bagi menumpukan perhatian kepada keluarganya, beliau kembali aktif berlakon pada 2015 selepas 7 tahun menyepi.

Filemografi

Filem

TahunTajukPerananCatatan
1993ImigranAzuraFilem pertama
1994Femina
1997Puteri ImpianPuteri Nora Asyikin
1998KembaraDiyanah
LenjanZita
1999KLU
2000Bintang 3
2001Senario LagiPelakon Drama
2015Romeo Kota, Kes Fail: KriptikCik Akila

Drama

TahunTajukPerananSaluran TVCatatan
1995Cili Padi (Musim 3)TV3Pelakon undangan
1998Idaman (Musim 2)TashaAstro Ria
2002Gadis 3SharifahTV3
2008Impak Maksima The SeriesAnita
2015Jangan Lafazkan JanjiTV1
M.A.I.DPuan Sri KiranaAstro Ria
2016Dia Semanis HoneyPuan Sri Hartini
Dia Semanis Honeymoon
Suri Hati Mr. PilotPuan Seri Nabihah
2017Hero Seorang Cinderella
Tengku Shamiza
2018Klik! Pengantin Musim SaljuAstro Ria / Astro Ramadhan HD

Telefilem

TahunTajukPerananSaluran TV
2016Dia Semanis Honey RayaPuan Sri HartiniAstro Ria
2017Suri Hati Mr. Pilot RayaPuan Seri Nabihah

Anugerah dan penghargaan

TahunAnugerahKategoriKeputusan
1999Festival Filem Malaysia ke-13Pelakon Wanita TerbaikDicalonkan

Rujukan

Pautan luar

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Nina Juren is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Credits
References and sources
Nina Juren
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes