Nik Sayyidah Fatihah
Quick Facts
Biography
Nik Sayyidah Fatihah atau lebih mesra dipanggil Mek merupakan seorang aktres komedi yang popular di Malaysia. Artis asal Kelantan yang berketurunan Melayu-Siam ini mula diperkenalkan di persada seni menerusi sitkom Salam Pantai Timur yang mula disiarkan pada tahun 2001.
Setelah sekian lama hanya sekadar muncul dalam sitkom tersebut, sejak 2006 beliau mula muncul dalam produksi lain. Mek popular menerusi telenovela Ezora yang disiarkan di TV3 pada tahun 2008 serta muncul dalam filem-filem komedi arahan Ahmad Idham seperti Brainscan: Aku dan Topi Ajaib & Senario Episod 2: Beach Boys.
Di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009, Mek dicalonkan untuk kategori Artis Komedi Wanita Popular (ABPBH).
Kehidupan peribadi
Beliau menamatkan zaman dara pada tahun 2009 dengan mengahwini seorang usahawanasal Kelantan. Namun pada 11 Ogos 2012, beliau mengaku sudah bercerai dengan suaminya pada awal tahun itu dan kini hidup bermadu sebagai isteri kedua selepas berkahwin dengan seorang ahli perniagaan Mei lalu.Walaupun perkahwinan keduanya itu tidak dilangsungkan dengan meriah namun statusnya yang kembali bersuami, disifatkannya bukan perkara rahsia. Katanya, perkenalan dengan suami barunya itu hanya bermula sekitar April 2012 sehingga mereka membuat keputusan untuk bernikah sebulan kemudian.
Filemografi
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2001 | Salam Pantai Timur | TV1 | ||
Ceplos | TV3 |
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Pengarah | Catatan |
---|---|---|---|---|
2009 | Senario The Movie Episode 2: Beach Boys | Hamidah | Ahmad Idham |
Program TV
Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2017 | Al - Hidayah | Tetamu Pilihan | TV3 |