Neo Yee Pan
Quick Facts
Biography
Dato Dr Neo Yee Pan merupakan ahli politik MCA di Malaysia. Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 bagi kawasan Muar, negeri Johor. Beliau bertanding atas tiket parti Barisan Nasional.
Perdana Menteri Malaysia Tun Hussein Onn telah melantik beliau menjadi Timbalan Menteri kewangan .
Neo Yee Pan menjadi Presiden MCA dari Mac 1983 hingga 1985 (Pemangku). Kemudian beliau berkrisis dengan ahli perniagaan Tan Koon Swan dalam perebutan jawatan Presiden parti MCA. Krisis ini berlarutan selama 2 tahun antara ke Neo Yee Pan dan Mak Hon Kam menentang kem Tan Koon Swan (1984-1985). Mesyuarat Agung Khas MCA 1985 berjaya menyelesaikan masalah kepimpinan MCA waktu itu. Tan Koon Swan sekejap menjadi presiden MCA dari November 1985 hingga September 1986 kerana didakwa di mahkamah Singapura berhubung kejatuhan syarikat Pan-El.
Lihat juga
- Keputusan Pilihan Raya Umum Malaysia 1978