Nas T Muammar Zar
Quick Facts
Biography
Nas Muammar Zar bin Nasruddin atau lebih dikenali sebagai Nas-T (lahir 4 Oktober 1983) merupakan seorang pemuzik, DJ, pengacara, pelakon dan model Malaysia. Beliau mula aktif sejak 2001 menerusi kugiran Dragon Red serta aktif sebagai DJ di kelab-kelab terkemuka di Kuala Lumpur dan kemudian menceburi bidang lakonan menerusi filem Goodbye Boys arahan Bernard Chauly pada tahun 2007.
Pada tahun 2008, beliau meraih pengiktirafan menerusi watak Abu dalam siri TV KAMI dan meraih pencalonan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-22 menerusi watak sama dalam filem KAMI The Movie.
Dalam bidang muzik, bakat Nas-T sebagai DJ mula dikesan oleh DJ Fuzz sejak dibangku sekolah lagi. Beliau kemudiaannya menyertai kumpulan Dragon Red sebagai pemain meja pusng yang mana kugiran ini berjaya meraih anugerah Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-14 pada tahun 2007. Nas-T keluar dari Dragon Red pada 2008, selain itu, beliau juga muncul sebagai DJ tetap untuk rancangan bual bicara L8 Nite with Lo bersama Jason Lo.
Bakat Nas-T lebih bersinar dalam bidang lakonan apabila membintangi banyak drama TV popular seperti KAMI, Kamelia Katrina, Ghost, Blogger Boy dan Lagenda Budak Setan The Series. Beliau juga aktif dalam sukan bina badan dan bertanggungjawab melatih beberapa selebriti Shaheizy Sam dan dua anggota Sepahtu iaitu Shuib dan Jep.
Kehidupan peribadi
Nas-T telah sah menjadi suami kepada Atita Haris pada 29 Januari 2016 dalam sebuah majlis tertutup yang diadakanpada pukul 7.30 pagi di Surau Al-Ikhlas, Subang Jaya, Selangor.
Beliau dikurniakan dua anak termasuk seorang anak tiri dari perkahwinan terdahulu isterinya. Anak sulungnya dari perkahwannya dengan Atita, Nas Taliyah Nas Muammar Zard dilahirkan pada sambutan Maulidur Rasul.
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Peranan | Pengarah | Catatan |
---|---|---|---|---|
2006 | Goodbye Boys | Glen | Bernard Chauly | Filem pertama |
2007 | My Indie Rock Darling | Naz | Razaisyam Rashid | |
2008 | KAMI The Movie | Abu | Effendee/Fariza Azlina | |
2009 | Pisau Cukur | Johan | Bernard Chauly | |
2012 | Jangan Pandang-Pandang | Ben | Ahmad Idham | |
Ngorat | Azoe | Abdul Razak Mohaideen | ||
2013 | Tanda Putera | Najib Rahman | Shuhaimi Baba |
Drama
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2007 | KAMI - The Series | Abu | 8TV | |
2009 | Rempit vs Impak Maksima | TV3 | ||
2009 | Ghost 1 | 8TV | ||
2009-10 | Blogger Boy | 8TV | 2 musim | |
Kamelia Katrina | Astro Ria | |||
2010 | Waris | TV2 | ||
Lagenda Budak Setan | Astro Prima | |||
Sumpahan Pusaka | ||||
2011-2013 | 6 Progresif | Kecoh | TV9 | 2 musim |
2013 | Tanah Kubur (Musim 7) | Masyhur | Astro Oasis | Episod: "Mati Jihad" |
2014 | Cinta Ilahi | |||
2016 | Cinta Roller Coaster | TV3 | ||
2017 | Sedingin Cinta Antasya | HyppTV |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2008 | Cerita Adam | TV1 | ||
2016 | Anak Imam Argentina | |||
2017 | Nurseri Sado | TV2 |
Televisyen
- Latte with Jason Lo (2008-2009) - 8TV
- Skuad Pasar Malam (2013)
- Suka Lattew (2015)
- Alif & Geng Lumba Balik Kampung (2016)
- Meletop Kebabom (2015-2016)
- Drop The Beat (2018)
Iklan
- Celcom
- KFC
- Malaysia Cergas
Diskografi
- Album bersama Dragon Red
- Holocaust (2006)
Anugerah dan pencapaian
- Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik - Dragon Red - Anugerah Industri Muzik ke-14
- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (FFM) - Filem: KAMI The Movie - Festival Filem Malaysia ke-22 (Pencalonan)
- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem) - Filem: KAMI The Movie - Anugerah Skrin 2009 (Pencalonan)
- Tempat ke 2 dalam pertandingan Pioneer CDJ Battle 2002
- Tempat ke 2 dalam Fear Factor Malaysia 2012
- Juara Fear Factor (episod) - NTV 7 2007
Rujukan
Pautan luar
- Nas-T di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)