peoplepill id: nadiah-hamzah
NH
Malaysia
1 views today
7 views this week
The basics

Quick Facts

Places
Place of birth
Penang, Malaysia
The details (from wikipedia)

Biography

Nadiah Hamzah ialah seorang pengarah filem Malaysia. Beliau terkenal dengan mengarahkan filem sulungnya, Motif (2019).

Kerjaya

Sebelum menjadi pengarah, Nadiah Hamzah bekerja dalam sektor pengiklanan. Beliau memulakan kerjaya awal sebagai penyalin iklan di firma pengiklanan McCann Erickson dalam tempoh jangka pendek.

Selepas menamatkan pengajiannya di Tisch School of the Arts pada 2011, Nadiah menjalani latihan di bawah bimbingan pembikin filem ternama seperti Spike Lee. Beliau pernah mengarahkan sebuah filem pendek bertajuk Hujan Panas yang dibintangi oleh Beto Kusyairy. Berlatarkan Bandar Raya New York, filem pendek ini berkisarkan tentang seorang pemuda yang berasa ragu-ragu mengenai perkahwinannya dengan tunangnya.

Pada Jun 2019, Nadiah ialah salah seorang daripada tiga pengarah Malaysia, dua lagi termasuk Syed Madnuh dan Emir Ezwan melakar sejarah istimewa apabila meraih pingat gangsa bagi kategori Pesanan Khidmat Masyarakat di anugerah antarabangsa Cannes Lion 2019 di Perancis. Video kempen yang mengangkat tema kepelbagaian kaum dan mesej anti-buli berjudul Voice of The Children itu berjaya menarik perhatian juri selain mengundang emosi dalam jiwa penonton.

Beliau paling dikenali menerusi filem sulung arahannya, Motif yang dibintangi oleh Sharifah Amani dan Rosyam Nor. Dikeluarkan pada 26 September 2019, filem ini pernah dipertontonkan di Festival Filem Timur Jauh Udine pada April 2019. Majalah hiburan A.S., The Hollywood Reporter memberi ulasan dengan berkata "ia kurang sempurna, namun [Nadiah] perlu dilihat". Beliau turut mengarahkan muzik video untuk runut bunyi filem itu, "Takkan Merubah" oleh Sufian Suhaimi dan Amira Othman.

Inspirasi

Salah satu inspirasi Nadiah dalam bidang pembikinan filem ialah Yasmin Ahmad. Beliau berkata: "Saya suka cara beliau menyelusuri hubungan manusia dalam karyanya".

Kehidupan peribadi

Nadiah dilahirkan di Pulau Pinang dan mempunyai adik-beradik seramai lima orang. Ibu bapanya ialah pensyarah kimia manakala adik-beradiknya bekerja sebagai jurutera. Beliau ialah lulusan Ijazah Seni Halus (Filem dan Televisyen) di Tisch School of the Arts di New York, Amerika Syarikat.

Filemografi

Filem

TahunTajukPelakonDikreditkan sebagai
2019MotifSharifah Amani, Rosyam NorPengarah
TBAMusytariBeto Kusyairy, Amyra Rosli

Filem pendek

TahunTajukPelakonDikreditkan sebagai
2011Hujan PanasBeto KusyairyPengarah

Muzik video

TahunTajukPenyanyiDikreditkan sebagai
2016"Menatap Dalam Mimpi"Siti NurhalizaPengarah
2019"Takkan Merubah"Sufian Suhaimi dan Amira Othman

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriPenerimaKarya tercalonKeputusanRuj.
2019Cannes Lion 2019Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA)Dirinya sendiriSave for the ChildrenMenang

Rujukan

Pautan luar

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Nadiah Hamzah is in following lists

By work and/or country

comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Credits
References and sources
Nadiah Hamzah
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes