Ahmad Nadhir Ahmad Nasar (lahir 17 Disember 1996) merupakan seorang pelakon, model danpengacara lelaki Malaysia. Kerjayanya bermula sebagai salah seorang peserta Hero Remaja 2020 dan bergelar juara. Nadhir juga mesra dengan panggilan Lucky.
Kerjaya
Nadhir merupakan seorang model sebelum menyertai Hero Remaja 2020 dan pernah menjadi model peragaan untuk Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) selama tiga tahun, dari 2016 sehingga 2019. Setelah bergelar sebagai juara Hero Remaja 2020, Nadhir menceburi bidang lakonan.
Beliau memulakan kerjaya lakonan menerusi drama Cerita Hantu Asrama, seterusnya membintangi drama Tercipta Satu Ikatan dan Projek: Anchor SPM, tetapi lebih dikenali menerusi lakonannya sebagai Syafiq Hambali dalam drama i-Tanggang: Mother of All Lies dan Naim dalam siri Astro Originals Projek: High Council.
Nadhir juga pernah membintangi filem pendek bertajuk Tujuh Hari Di Bawah Matahari dengan memegang watak sebagai Emil Zulkifli.
Kehidupan peribadi
Nadhir Nasar dilahirkan di Lansing, Michigan, Amerika Syarikat dan tinggal di sana selama 4 tahun. Nadhir kemudiannya kembali ke Malaysia dan dibesarkan di Petaling Jaya, Selangor. Beliau merupakan graduan bidang Komunikasi Massa (Penyiaran) di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|
2022 | Tujuh Hari Di Bawah Matahari | Emil Zulkifli | Filem pendek |
2023 | Mami Jarum Kembali | Mario | Filem pertama |
TBA | Nur | | Dalam perancangan |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|
2019 | Cerita Hantu Asrama | Nadhir | Astro Prima | Episod 4 |
2020 | Tercipta Satu Ikatan | Sirhan | Astro Ria | |
2021 | Projek: Anchor SPM | Hilmi Zulkarnain | Astro Citra | |
i-Tanggang | Syafiq Hambali | |
2022 | Nusyuz Berkiblat Cinta | Erfhan | Astro Ria | |
Ash & Aish | Izhan | |
2023 | Projek: High Council | Naim Ismet | |
TBA | i-Tanggang (Musim 2) | Syafiq Hambali | Astro Citra | |
Web drama
Tahun | Tajuk | Peranan | Rangkaian | Catatan |
---|
2022 | Runway In Seoul | Dirinya sendiri | Viu | Bersama Meerqeen |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|
2022 | Kebal Janji Syaitan | Idin Ishak | Astro Citra | |
Abah | Nukman | TV1 | |
2023 | SuperWira | Roy | Astro Ceria | |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|
2021 | Selebriti First Job | Dirinya sendiri | Astro Ria | |
Hero Remaja 2021/2022 | Pengacara | Bersama Shaza Bae |
2022 | Kelentang Kelentung Pom Pom | Artis jemputan | |
Iklan
Tahun | Iklan | Peranan | Catatan |
---|
2022 | Yes | | |
2023 | Bulan Bintang Raya 2023 - Raya Macam Star | | |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|
2021 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 | Artis Baharu Lelaki Popular | Dirinya sendiri | Tercalon |
Rujukan
Pautan luar