peoplepill id: nabil-zamanhuri
NZ
Malaysia
4 views today
7 views this week
Nabil Zamanhuri
Malaysian actor

Nabil Zamanhuri

The basics

Quick Facts

Intro
Malaysian actor
Places
Gender
Male
Religion(s):
Place of birth
Kuala Lumpur, Malaysia
Age
37 years
The details (from wikipedia)

Biography

Nabil Zafril Zamanhuri (13 September 1987 – 26 Mei 2024) yang dikenali sebagai Nabil Zamanhuri juga sebagai Nabil Mentor, merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara Malaysia. Beliau memulakan langkahnya dalam dunia hiburan tempatan dengan menyertai Mentor musim pertama yang mana beliau berjaya menyandang tempat naib juara di dalam program realiti tersebut.

Kehidupan peribadi

Beliau adalah pelajar cemerlang, pernah bersekolah di Sekolah Aminuddin Baki Kuala Lumpur, antara sekolah harian cemerlang di Kuala Lumpur.

Ketika di sekolah menengah, beliau sangat aktif dalam bidang seni dan kerap membuat persembahan diperingkat sekolah. Beliau sangat meminati Justin Timberlake, dan selalu menyanyikan lagu-lagu dari artis kegemarannya itu di dalam kelas. Selain menyanyi, beliau juga sering menari bersama rakan sekelasnya yang lain ketika waktu perallihan subjek.

Nabil mendirikan mahligai cinta bersama Adelia Citra Hapsari, wanita warganegara Indonesia pada tahun 2014.

Mereka berkenalan semasa bersama-sama menuntut di MMU dalam jurusan Perfileman dan Animasi.

Meskipun anak jati Ibu Kota Kuala Lumpur, Nabil turut mempunyai saudara mara di Kelantan.

Kerjaya

Nabil pada tahun 2006 sempat tampil dengan album solo dan meriliskan lagu-lagu seperti Hey Emma ! dan Hati Ini. Hati Ini bejaya mendapat putaran yang kerap di stesen radio tempatan diwaktu carta muzik tempatan didominasi oleh lagu-lagu artis dari seberang.

Beliau kemudiannya menjadi pengacara rancangan mingguan Remaja yang ke udara setiap Sabtu di TV3. Rancangan yang mengetengahkan apa yang sedang trend dan rancak dalam kalangan belia tempatan.

Dalam pada masa sama, beliau mula membintangi drama TV tempatan. Sekali gus mempelbagaikan portfolio beliau dalam industri hiburan disamping menuntut di Univerisiti Multimedia Malaysia (MMU) dalam bidang Filem dan Animasi. Minat itu diteruskan apabila beliau menyumbangkan suara untuk watak animasi Kapten Kaizo menggantikan Haris Aliff dalam siri Animasi Boboiboy dan Boboiboy Galaxy.

Pada tahun 2009, beliau membintangi drama TV Astro Ria, Kamelia Katrina bersama Elyana Emrizal dan Mira Liyana Kasmi, cerita seorang lelaki yang beristeri dua yang terperangkap diantara dua isterinya yang tidak sependapat.

Untuk Festival Filem Malaysia ke 27, Filem Terbaik dari Langit yang mana beliau turut bertindak sebagai krew pasca produksi telah tercalon untuk Anugerah Kesan Khas Terbaik sekaligus menaikkan semangat Nabil untuk berkarya dalam bidang CGI (Computer Graphic Image).

Meskipun tidak lagi aktif menyanyi di atas pentas, Nabil masih ligat disebalik tabir dengan komuniti RnB Malaya. Komuniti yang meneruskan perjuangan muzik RnB tempatan.

Terbaharu, Nabil Zamanhuri menyuarakan watak Aladdin untuk Disney’s Live Action Aladdin versi Bahasa Melayu. Nabil juga menyanyikan semua runut muzik filem Aladdin, termasuk ‘One Jump Ahead’ dan lagu tema ‘A Whole New World’ bersama Shila Amzah.

Mentor

KonsertLagu (penyanyi asal)Ked.
Intro"Like I Love You" (Justin Timberlake)
Battle 1"Bukan Untukku" (Rio Febrian) / "Ai No Corrida" (Quincy Jones)
Battle 2"Belaian Jiwa" (Innuendo)
"Tentang Dia" (Melly Goeslaw & Evan Sanders)
Battle 3"Hati Ini" (Nabil) / "Kenangan Lalu" (Flybaits)
Semifinal 2"Di Persimpangan Kenangan" (Casey) / "Wo!" (Zahid AF2)
"Tak Mengapa" (Dato' A. Rahman Hassan)
"Menari Denganku" (Siti Sarah & Zahid AF2)
Semifinal 3"Semusim" (Marcell) / "Dendangan Laguku" (Carefree)
Grand Finale"Broken Vow" (Lara Fabian)Naib Juara
"Kau Pergi Jua" (Adam Ahmad) / "Si Gadis Ayu" (Black Dog Bone)
"Kerna Sayang" (VE)
  • duet VE

Diskografi

CD Single

Judul AlbumButiran Album
Dari JauhDikeluarkan pada: 2006
Label: Johan Nawawi Sdn. Bhd
Penerbit: Johan Nawawi
Format: CD Single, muat turun digital

Single

Solo

TahunJudul LaguAlbum
2007"Hati Ini"Dari Jauh
2008"Hey Emma"
2009"Dari Jauh"
2015"Beku"Single
2019"Selangkah"OST Aladdin
2022"Kenangan Lama"OST Ijab Kabut

Duet

TahunJudul LaguBersamaAlbum
2009"Janji Kita"Ayu DamitInspirasi
2019"Dunia Baru"Shila AmzahOST Aladdin

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
2014Terbaik dari LangitFilem pertama, Sebagai artis kesan khas
2019AladdinAladdinVersi Bahasa Melayu
BoBoiBoy Movie 2Kapten KaizoFilem terakhir, suara

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2007Seribu ErtiSaifulDrama pertama
2008Kerana Karina 2gua.com.myDrama online
2009Kamelia KatrinaAriAstro Ria
2022Ijab KabutAndiViuDrama terakhir

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TVCatatan
2005MentorPesertaTV3Naib juara
2007RemajaPengacaraTV3
2017-2024BoBoiBoy GalaxyKapten Kaizo, MariposTV3 & TV9Alih suara terakhir, Suara

Rujukan

Pautan Luar

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Nabil Zamanhuri is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Credits
References and sources
Nabil Zamanhuri
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes