Muhamad Kamil Harun
Quick Facts
Biography
Muhamad Kamil Harun merupakan bekas Adun Gual Ipoh, di Kelantan dalam Pilihan raya umum Malaysia 1999. Menteri Besar Kelantan ketika itu ialah Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau lebih dikenali dengan panggilan Paksu Kamil dilahirkan di Kampung Bukit Durian, Tanah Merah.Beliau menjadi AJK PAS Tanah Merah pada 1993. Beliau menang di kerusi Gual Ipoh pada pilihan raya umum 1999. Isterinya Rohani Hussin dan mereka mempunyai tiga anak .
Meninggal dunia
Pada 1 Disember, Muhamad Kamil Harun, 68, meninggal dunia akibat serangan jantung ketika berada di kebunnya di Kampung Sokor, terletak di pedalaman pekan Gual Ipoh. Sebelum ini beliau pernah mendapat rawatan jantung.
Turut menziarahi jenazahnya ialah Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud dan Exco Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman dan Abdul Fattah Mahmood. Turut hadir ialah Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Abdullah Ya’kub dan pemimpin PAS Tanah Merah. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Durian.