Mohd Zaman Khan
Quick Facts
Biography
Tan Sri Datuk Mohd Zaman Khan merupakan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia (09 Februari 1994 - 31 Disember 1997.Sebelum itu beliau adalah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah , Polis Diraja Malaysia (PDRM) . Jawatan terakhir beliau dalam PDRM ialah Pengarah Keselamatan Dalam Negeri.
Latar belakang
Tan Sri Datuk Zaman Khan lahir pada 21 Disember 1943 di Pasir Mas, Kelantan.Dia mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (1961).
Isterinya Puan Sri Datin Rosnah bte Ahmad dan mereka dikurniakan 5 orang anak.
Kerjaya
Zaman Khan menghadiri Kursus Khas Polis di Amerika pada 1968. Kemudian Menyertai Pasukan Polis Diraja Malaysia sebagai Kadet ASP pada Jun 1962.
Beliau pernah menjadi OCPD di Batu Gajah, Grik, Klang dan Georgetown ( 1964-1972 ). Seterusnya menjadi Ketua Trafik, Wilayah Persekutuan KL ( 1972-1973 ) ;: OCPD di Petaling Jaya ( 1973 );: Ketua CID di Selangor ( 1975-1978 );: Ketua Polis Negeri Sembilan ( 1978-1980 ; Ketua Polis Pulau Pinang ( 1981-1983 ); Ketua Polis Kuala Lumpur ( 1983-Julai 1986 )Timbalan Beliau Ialah Ahmad Tajuddin Bin Shahabudin ; Pengarah Keselamatan Dalaman dan Ketenteraman Awam di Ibu Pejabat Polis ( Ogos 1986-1989 ); Pengarah Bahagian Jabatan Penyiasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis ( 1989-1993 ) dan terakhir sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penjara ( 1994-1997 )
Polis Diraja Malaysia
Operasi Lalang dilancarkan oleh polis Malaysia pada 27 Oktober 1987 bagi menangkap 106 ahli politik dan aktivis sosial yang cuba mengeruhkan suasana politik di Malaysia. Ketika itu, Dato Zaman Khan selaku Pengarah Keselamatan Dalam Negeri mahu perhimpunan UMNO yang lebih besar dibatalkan.Pada siaran waktu pagi, Dato Zaman Khan mengumumkan di radio RTM tentang Prebet Adam dari Kem Tentera Ulu Kinta mengamuk di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.
Pada Ogos 1988, beliau menjadi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan menyiasat kes Pita video Lucah Vijandran iaitu melibatkan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, D.P Vinjandran.
Beliau turut terlibat dalam operasi menyelamat mangsa Tragedi Highland Towers .Ketika itu ,kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor rebah menyembam bumi pada 11 Disember 1993.
Jabatan Penjara Malaysia
Apabila kekosongan berlaku di Jabatan Penjara Malaysia pada 1994 , Zaman Khan dilantik sebagai Ketua Pengarahnya. Selepasnya itu beliau diganti oleh Datuk Omar bin Mohamed Dan.
Persatuan
Beliau menjadi AJK Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Anugerah
Antara pingat dan anugerah yang diterimanya ialah PSM, PSD, DSAP, DSNS, DSPN, AMP, KMN, BSK, PJK.