peoplepill id: mohd-yazid-mohd-yunus
MYMY
1 views today
1 views this week
Mohd Yazid Mohd Yunus

Mohd Yazid Mohd Yunus

The basics

Quick Facts

The details (from wikipedia)

Biography

Mohd Yazid Mohd Yunus adalah Yang Berhormat ADUN N18 Lepar, Paya Besar, Pahang. Beliau memenangi kerusi N18 Lepar di PRU15 pada tarikh 19hb November 2022. Beliau juga adalah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang telah memenangi jawatan tersebut pada Pemilihan Agung Tahunan sesi 2020-2023 bermula dari 23 Ogos 2020 lalu. https://pru.sinarharian.com.my/calon/8262/mohd-yazid-bin-mohd-yunus

Politik

Berkecimpung dalam bidang politik bermula pada tahun 2016 dan BERSATU adalah Parti pertama beliau. Bertanding buat pertama kali di PRU15 sebagai Calon Parti Perikatan Nasional dan memenangi kerusi ADUN N18 Lepar dengan undian sebanyak 8,436 (Majoriti 419) dengan mengalahkan Mantan Exco Kerajaan Tempatan (ADUN Umno)https://pru.sinarharian.com.my/calon/8262/mohd-yazid-bin-mohd-yunus Di peringkat Negeri, beliau adalah Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Pahang dan memangku jawatan Setiausaha Badan Pimpinan Negeri sehingga Mac 2021. Memenangi Jawatan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi pada 19 April 2020. Beliau juga adalah Ketua Bahagian Paya Besar P084, Pahang. BERSATU Pahang.

Beliau menjadi Ahli Seumur Hidup Bersatu pada September 2016 dan menjadi Ketua Pendaftar Keahlian bagi Parlimen Kuantan pada Oktober 2016. Beliau juga adalah Pengasas awal sehingga tertubuhnya Bersatu Bahagian Kuantan, namun beliau melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Bahagian Kuantan dan menjadi Ketua Bahagian Paya Besar pada February 2017. Beliau terus memimpin sebagai Ketua Bahagian Paya Besar oleh kerana menang tanpa bertanding di pemilihan peringkat Bahagian pada February 2020 dan penggal jawatan berakhir pada 2023.

Di peringkat Negeri beliau pernah menjawat jawatan Bendahari PPBM Pahang dari Mac 2017 dan Setiausaha Negeri dari Oktober 2017 hingga 26 Mac 2021. Beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Pahang pada Julai 2020. Beliau juga adalah Satu-Satu nya Ketua Bahagian BERSATU Pahang terdiri dari Pengasas awal yang masih mengekalkan jawatan Ketua Bahagian sehingga kini. Sebagai Timbalan Ketua BPN Pahang beliau telah bersama Dua Ketua BPN Pahang iaitu YB Dato Sri Faizal Azumu @ Timbalan Presiden PPBM (September 2020 - January 2021), Dan yang terkini YB Dato Saifuddin Abdullah Ahli Parlimen Indera Mahkota (Bermula January 2021 hingga kini). Beliau juga adalah Pengerusi Biro Pengurusan Parti BERSATU Pahang (November 2021 hingga kini). Pada 10 April 2021 dilantik sebagai Pengerusi Latihan & Pengkaderan.

Perikatan Nasional (PN) : Beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi PN Pahang pada 26 Mac 2021 dan juga mengetuai Biro Pengurusan Perikatan Nasional Pahang.

BERSATU : Ahli Jawatankuasa Biro Agama BERSATU Malaysia. Pengerusi Biro Pengurusan Negeri. Pengerusi Biro Latihan dan Perkaderan Negeri. Pengarah Pilihanraya di Parlimen Kota Melaka (PRN Melaka November 2021). Ketua Jawatankuasa Pengangkutan & Kenderaan PRN Johor Mac 2022

Latar belakang

Beliau lahir pada 19 November 1970 di Galing Besar, Kuantan, Pahang dan membesar di sebuah kampung kecil dipinggir Kampung Bukit Sekilau di Jalan Lim Hoe Lek. Ibu beliau berasal dari Tongkeak, Maran, Pahang dan Bapa beliau dari Tanjong Karang, Selangor. Memiliki 6 orang adik beradik termasuk beliau iaitu 5 orang lelaki dan seorg perempuan. Berkahwin pada tahun 1998 dan memiliki seorang anak lelaki.

Berpindah ke Kampung Permatang Badak pada tahun 1996 sehingga kini. Menjadi Ahli Perniagaan dari tahun 1991 sehingga kini. Hidup dalam keluarga yang sederhana, pernah membantu keluarga beliau bekerja di Pekan Sehari semasa disekolah rendah. Membantu keluarga di kantin polis (IPK) serta kedai Runcit di Telok Chempedak semasa di Sekolah Menengah.

Pendidikan

Mohd Yazid bersekolah di SK Sultan Abdullah pada tahun 1977 hingga 1982 dan bersekolah menengah di SMK Sultan Abu Bakar (SABS) pada tahun 1983 hingga 1987. Pada tahun 1989 hingga 1990, beliau melanjutkan pelajaran di Institut Kemahiran Mara, Pekan. Beliau memperolehi diploma dalam "Operation And Project Management" di Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Master dalam "Business Management" di UMP.

Pekerjaan & Penjawatan

~Menceburi bidang perniagaan pada tahun 1991 hingga kini Sebagai Pengarah Urusan Syarikat Selasih Padu M Sdn Bhd.

~Dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Pelabuhan Kuantan pada Ogos 2020 hingga kini.~Dilantik sebagai Pengerusi Nafas Estate pada September 2021 (dibawah Kementerian Pertanian)

Sukan & Sukarelawan

Mohd Yazid aktif berkecimpung dalam bidang sukan hoki dan pernah mewakili sekolah beliau daripada tahun 1985 hingga 1987. Pada umur 15 tahun, beliau pernah bertanding di Kejohanan Hoki "Champion School" di Selangor. Dari tahun 1987 hingga 1996, beliau mewakili Negeri Pahang pada Kejohanan Hoki Bawah 18 Tahun, Kejohanan Hoki Bawah 21 tahun, Kejohanan Hoki Bawah 23 tahun, Kejohanan Hoki SUKMA, Piala Razak, Kelab Hoki dan Professional "DeTas". Beliau antara pemain hoki pelapis remaja kebangsaan pada tahun 1987 dan bersara sebagai pemain hoki pada tahun 1996 oleh kerana kecederaan tulang bahu.Pada tahun 2020 beliau telah dilantik sebagai Naib Presiden Persatuan Hoki Pahang hingga kini, juga menjawat jawatan sebagai AJK Pengadil Hoki Malaysia

Rujukan

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Mohd Yazid Mohd Yunus is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Credits
References and sources
Mohd Yazid Mohd Yunus
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes