peoplepill id: mohd-tamrin-abdul-ghafar
MTAG
1 views today
1 views this week
Mohd. Tamrin Abdul Ghafar

Mohd. Tamrin Abdul Ghafar

The basics

Quick Facts

The details (from wikipedia)

Biography

Dato' Mohd Tamrin bin Tun Abdul Ghafar adalah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu yang pernah menjadi Ahli Parlimen kawasan Batu Berendam, Melaka dari tahun 1986 hingga 1995. Beliau juga pernah menjadi Pengerusi MARA dari tahun 1991 hingga 1993.

Beliau turut bersama menubuhkan Angkatan Amanah Merdeka dengan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Datuk Zaid Ibrahim, Datuk Seri Ong Tee Keat, Datuk S. Subramaniam, Datuk Seri Wilfred Bumburing, Datuk Seri Bujang Ulis, Datuk Mazlan Harun dan Datuk Seri Daniel Tajem.

Pada 12 Ogos 2012, beliau secara rasminya menyertai PAS. Bekas MP Umno yang sering kelihatan di program anjuran PAS berkata, beliau membuat keputusan tersebut selepas memikirkan perkara itu untuk sekian lama.

Latar Belakang

Beliau merupakan anak kedua daripada 11 orang adik beradik kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Ghafar Baba. Ibunya Toh Puan Asmah binti Alang. Adiknya Sally Ghafar @ Salmah Abdul Ghafar. Beliau bersekolah di Sekolah Dato' Abdul Razak, Tanjung Malim, Perak (1963-1966).

Politik

Di dalam UMNO

Beliau pernah menjadi Exco Pergerakan Pemuda UMNO di zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Ketua pergerakan itu.

Beliau pernah bertanding dan menang menjadi Ahli Parlimen kawasan Batu Berendam, Melaka selama dua penggal berturut-turut iaitu dari 1986 hingga 1995 (Pilihan raya umum 1986 dan 1990)

Ketika kempen Pilihan raya kecil Hulu Selangor 2010 di Bandar Sungai Buaya beliau turut bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas pentas. Perkara ini agak menghairankan kerana Anwar pernah ‘ membungkus' bapanya dari jawatan Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1993. Anak saudaranya, Muhammad Zahid Md. Arip mendesak agar UMNO memecatnya kerana khianat kepada parti.

Pada 23 April 2012, Tamrin yang berucap bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau masih lagi ahli UMNO dan menyokong Perhimpunan Bersih 2012.

Di dalam PAS

Akhirnya 12 Ogos 2012 beliau secara rasminya menyertai PAS dalam satu majlis yang diadakan di markas PAS. Bekas MP Umno yang sering kelihatan di program anjuran PAS berkata, beliau membuat keputusan tersebut selepas memikirkan perkara itu untuk sekian lama. Beliau berkata, beliau kini bersedia "mewakafkan masa dan batang tubuhnya" untuk perjuangan PAS.

Pengerusi MARA

Dato' Tamrin pernah menjadi pengerusi MARA dari 15 Januari 1991 hingga 12 Januari 1993.

Isu dan kontroversi

Dakwaan menculik adik sebapa

Pada 9 Januari 2003, bekas isteri bapanya (mak tiri), Dayang Heryati binti Abdul Rahim membuat dakwaan di dalam permohonan habeas corpus difailkan di mahkamah melalui peguam Karpal Singh mendakwa beliau menculik anaknya Kartika Sri, 6 tahun dan mengeluarkan kata-kata kesat dan memukulnya semasa berlakunya pertengkaran.

Rujukan

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Mohd. Tamrin Abdul Ghafar is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Credits
References and sources
Mohd. Tamrin Abdul Ghafar
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes