Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah
Quick Facts
Biography
Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah atau Ridhuan Tee ialah seorang penulis di Malaysia. Dia memiliki kelulusan BA (Hons) Sains Politik (UKM), MA Kajian Strategik (UKM), PhD Politik dan Kerajaan (UPM), Dip. Pengajian Islam (UIA). Penulisan dia dikatakan sebagai banyak mengkritik tentang penduduk bukan Melayu dan bukan Islam di negara Malaysia . Dia bukan berbangsa Melayu dan pada asalnya bukan seorang yang beragama Islam. Tetapi selepas memeluk agama Islam, dia dikatakan telah banyak mengkritik dalam tulisan dia terhadap pihak-pihak bukan Melayu dan bukan Islam.".
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan di Bagan Datuk, Perak dan merupakan anak kelapan dari 10 adik-beradik (7 lelaki 3 perempuan) kepada keluarga berbangsa Cina berketurunan Hokkien. Walaupun fasih berbahasa Hokkien, beliau hanya memperoleh pendidikan Bahasa Cina tidak melebihi setahun di tadika. Beliau mendapat pendidikan rendah di sebuah Sekolah Kebangsaan dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan berikutan masalah pengangkutan yang dihadapi. Beliau menganuti agama Islam pada umur 20 tahun setelah membelajari dan memahami agama Islam setelah tamat pengajian Sijil Rendah Pelajaran (SRP).
Penulisan
Sikap berdengki dan munafik
"Janganlah kita dengki jika orang lain berjaya sehingga menjadi ultra 'kiasu'. Mereka tidak jemu berusaha. Sejarah membuktikan, bermula penghijrahan, mereka datang dengan sehelai sepinggang. Hari ini, harta keliling pinggang. Pasal apa? Mereka berusaha, tidak bersengketa sesama sendiri. Inilah iktibar Tahun Monyet." - Ridhuan Tee dalam artikelnya Siapa sebenarnya monyet?
Anugerah dan pengiktirafan
- Malaysia
- Johan Setia Mahkota (J.S.M.) - 2011
Pautan luar
- Mohd Ridhuan Tee di Facebook
- Mohd Ridhuan Tee di Twitter
- ridhuantee
.blogspot .com