peoplepill id: mohd-rashdan-baba
MRB
1 views today
1 views this week
Mohd Rashdan Baba

Mohd Rashdan Baba

The basics

Quick Facts

Religion(s):
Birth
Age
90 years
The details (from wikipedia)

Biography

Mohd Rashdan Baba (lahir 31 Oktober 1935) merupakan ahli akademik Malaysia. Beliau ialah Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia yang pertama.

Latar belakang

Rashdan Baba adalah anak jati Kampung Berkat, Chembong, Rembau, Negeri Sembilan. Beliau dilahirkan pada 31 Oktober 1935. Semasa di sekolah, beliau pernah menjadi ketua murid pertama di Government English School Tampin , Tampin. Namanya terpapar di papan tanda di dewan sekolahhingga kini. Kemudian sambung belajar di Kolej Pertanian Malaya (1954-1957) ; universiti di United Kingdom dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains (B.Sc.) (1960) dan mendapat Ijazah Doktor Falsafah (1964).

Kerjaya

Beliau menjadi Pengetua Kolej Pertanian Malaya (1965-1969), Naib Canselor pertama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (1969-1971) dan Naib Canselor pertama Universiti Pertanian Malaysia (UPM) (1971-1982).

Rashdan Baba menjadi Naib Canselor pertama UKM pada 1 September 1969 kerana UKM sendiri memulakan sesi pengajiannya pada 18 Mei 1970 dan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UKM.

Apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia memperkenalkan dasar Penswastaan, Rashdan turut sama berganding bahu mencurah pengalaman menerajui penswastaan pertama negara, iaitu Syarikat Telekom Malaysia hingga menjadi konglomerat dalam industri telekomunikasi.

Ketika kerajaan mula mengambil alih syarikat asing, Rashdan sekali lagi dilantik menerajui Guthrie menggantikan pengurus British. Namanya begitu harum dalam pentadbiran negara dan diakui semuai.

Penghargaan

Rashdan dianugerahi gelaran Profesor Emeritus daripada UPM pada 14 Ogos 1982 dan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang UKM pada 3 Julai 1999. Beliau juga menerima Ijazah Kehormat Doctor of Science dari University of Reading dan Doctor of Law dari University of Leeds. Rashdan dilihat sebagai ikon, tokoh pendidik dan ahli korporat yang berjaya. Antara hasilnya seperti tersergam Menara Pucuk Rebung Telekom Malaysia dan Menara Telekom Alor Star.

Buku

Buku 'Dari Menara Gading ke Mercu Korporat - Biografi Rashdan Baba' diterbitkan oleh Penerbit UKM pada 2004.

Rujukan

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Mohd Rashdan Baba is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Credits
References and sources
Mohd Rashdan Baba
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes