peoplepill id: mohd-hamdan-abdul-rahman
MHAR
Malaysia
3 views today
5 views this week
Mohd Hamdan Abdul Rahman
Ahli politik Malaysia

Mohd Hamdan Abdul Rahman

The basics

Quick Facts

Intro
Ahli politik Malaysia
Places
Work field
Gender
Male
Religion(s):
Positions
N/A
(1989-2003)
The details (from wikipedia)

Biography

Dato' Mohd Hamdan bin Abdul Rahman (1946 – 31 Julai 2009) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Permatang Pasir selama tiga penggal (1999-2009). Kematian beliau ketika menyandang menyebabkan Pilihan raya kecil Permatang Pasir 2009.

Kerjaya

Mohd Hamdan pernah menjadi guru di Maktab Sultan Abdul Hamid, Kedah pada tahun 1965–1966. Kemudian, beliau menjadi pegawai pentadbir kerajaan Perak dari tahun 1966–1977. Jawatan terakhirnya dalam kerajaan adalah sebagai pegawai pentadbir di Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia antara tahun 1977–1983.

Politik

Mohd Hamdan kalah dalam pilihan raya 1990 and 1995 di Penaga kepada calon UMNO Datuk Azhar Ibrahim. Selepas itu beliau bertanding di Permatang Pasir.

Beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya 1999, 2004 dan 2008 di Permatang Pasir dan kekal mengalahkan calon Barisan Nasional / UMNO. Kawasan ini termasuk dalam parlimen Permatang Pauh kubu kuat Datuk Sri Anwar Ibrahim.

Beliau adalah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang selama 14 tahun (1989-2003) selepas Tuan Guru Haji Zabidi Ali. Beliau satu-satunya wakil rakyat PAS di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang selama tiga penggal (1999-2009). Selepas itu Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang ialah Ustaz Salleh Man.

Mohd Hamdan menjadi ADUN Permatang Pasir selama tiga penggal mulai tahun 1999, 2004 dan 2008. Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 Mohd. Hamdan Abd. Rahman (Pas) menang mudah dengan majoriti 3,194 undi.Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 Mohd Hamdan menewaskan Datuk Adnan @ Md. Isa Ramli (Barisan Nasional/ UMNO yang mendapat 8,057 .Datuk Adnan mendapat 7,378 undi. Tahun 2008, beliau memperoleh 11,004 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Ahmad Sahar Shuib yang mendapat 5,571 undi dengan majoriti 5,433 undi.


Anugerah

Mohd Hamdan menerima anugerah Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Datuk pada 11 Julai 2009 daripada kerajaan Pulau Pinang.

Meninggal dunia

Pada 31 Julai 2009, beliau meninggal dunia di Institut Jantung Negara akibat serangan jantung pada kira-kira jam 6.30 pagi. Beliau berumur 63 tahun. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pasir.

Beliau meninggalkan seorang balu dan enam anak.

Pilihan raya kecil

Berikutan kematian beliau, pilihan raya kecil Permatang Pasir 2009 diadakan pada 25 Ogos 2009. Hasilnya, Ustaz Mohd. Salleh Man terpilih menggantikan beliau.

Rujukan

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Mohd Hamdan Abdul Rahman is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Credits
References and sources
Mohd Hamdan Abdul Rahman
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes