Mohd Daud bin Abdul Samad
Quick Facts
Biography
Haji Mohd Daud bin Abdul Samad merupakan Menteri Besar Terengganu yang mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dari bermula 29 Jun 1959 hingga 8 November 1961 ketika PAS-Parti Negara menguasai keseluruhan DUN Terengganu.
Haji Mohd Daud pernah menjadi ADUN Setiu (1959-1964), Ahli Parlimen Besut (1964-1969) dan Ahli Parlimen Kuala Trengganu Selatan (1969-1974). Beliau juga pernah menjadi Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu (1959-1963 dan 1966-1972).
Kerajaan PAS Terengganu tumbang 1961
Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1959, DUN Terengganu dimenangi oleh Pas dengan majoriti kecil. Pas dapat 13 kerusi, UMNO 7 kerusi dan Parti Negara (PN) 4 kerusi. Pas berjaya memujuk Adun PN Langkap (Ismail Abbas) menyokong mereka. Umno pula berusaha mendapat sokongan 3 lagi Adun PN.
Pada 24 Julai 1961 satu undi tidak percaya terhadap kerajaan Pas dibawa oleh seorang Adun PN Bukit Besar, Mohamad Abd Rahman. Undi tersebut gagal kerana Pas mendapat (12 undi) Umno + PN (11 undi). Seorang wakil Pas berkecuali iaitu Ahmad Azam Napiah. Ahmad Azam kecewa kerana tidak diberi jawatan Menteri Besar Terengganu atau pun Speaker (kerana berasal dari Perak bukan anak jati Terengganu. Beliau kemudiannya mengisytihar sebagai Adun Bebas.
Kegawatan DUN Terengganu berlarutan apabila Umno berjaya membeli dua Adun Pas - Mohamad Ismail dan Husin Jusoh. Kemudian, Umno juga dapat membeli 3 Adun PN apabila mereka bertemu Tun Abdul Razak di Kuala Lumpur. Adun PN yang terbabit adalah Wan Daud Mohamad (Ladang), Mohamad Abd Rahman (Bukit Besar) dan Haji Mutalib Salleh (Batu Buruk). Keadaan tersebut membawa kepada undi tidak percaya kali kedua dibawa dan akhirnya kerajaan Pas tewas.
Maka Parti Perikatan menubuhkan kerajaan baru yang diketuai Tan Sri Ibrahim Fikri pada November 1961.
Meninggal dunia
Beliau meninggal dunia pada 23 Disember 1983 ketika berusia 57 tahun.
Rujukan
Penyandang Terdahulu | Menteri Besar Terengganu 29 Jun 1959 – 8 November 1961 | Penyandang Kemudian |
Raja Kamaruddin bin Idris | Ibrahim Fikri bin Mohammad |