Mohd Azmi Omar
Quick Facts
Biography
Profesor Datuk Dr Mohd Azmi Omar adalah Ketua Pengarah Institut Latihan dan Penyelidikan Islam (IRTI) di bawah Bank Pembangunan Islam (IDB), Jeddah untuk tempoh tiga tahun mulai 1 Februari 2012.
Kerjaya
Mohd Azmi Omar adalah Dekan Institut Perbankan dan Kewangan Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Mohd Azmi menerbitkan beberapa kertas penyelidikan tentang perbankan Islam dan kewangan serta ekonomi kewangan, selain memegang beberapa portfolio seperti penasihat kepada beberapa bank komersial dan pelaburan, termasuk syarikat di Malaysia dan luar negara.
Ketua Pengarah IRTI
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan bahawa Mohd Azmi adalah rakyat Malaysia pertama dilantik memegang jawatan Ketua Pengarah IRTI daripada 16 calon antarabangsa yang berwibawa.
Profesor Datuk Dr Azmi bertanggungjawab ke atas aplikasi syariah dalam bidang ekonomi, kewangan dan perbankan, seterusnya mempromosikan kesedaran tentang peranan kewangan Islam dalam membina kestabilan kewangan dan dalam membasmi kemiskinan di pelbagai peringkat. Beliau berpengalaman luas dalam bidang pengajaran, penyelidikan serta perundingan bagi industri perbankan dan kewangan Islam, pasaran modal Islam, pelaburan dan Balanced Scorecard (BSC).