peoplepill id: mohanadas-nagappan
MN
Malaysia
5 views today
5 views this week
Mohanadas Nagappan

Mohanadas Nagappan

The basics

Quick Facts

A.K.A.
மோகனதாஸ் நாகப்பன்
Places
Place of birth
Kuala Lumpur, Malaysia
The details (from wikipedia)

Biography

Dato' Mohanadas Nagappan (Tamil: மோகனதாஸ் நாகப்பன்) merupakan rakyat Malaysia yang kedua yang berjaya menakluki gunung Everest yang terletak di Himalaya. Mohanadas tiba ke puncak gunung Everest 15 minit selepas M. Magendran. Mereka berdualah yang bertanggungjawab untuk memastikan Jalur Gemilang berkibar megah di puncak gunung Everest. Beliau melangkah ke puncak Everest pada 23 Mei 1997, jam 12:10 pagi, selepas Magendran yang tiba pada jam 11:55 pagi. Kedua-dua pendaki gunung itu merupakan sebahagian daripada program "Malaysia-Everest Project 97" yang dianjurkan bersama oleh Persatuan Pendudukan Gunung Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Turut bersama mereka ialah M. Moorthy (Moorthy Maniam).

Tahun 1997 juga meraikan ulang tahun ke-40 kemerdekaan Malaysia. Pada 2000, Mohandas dan Magendran diabadikan dalam setem pos mereka, tiga tahun selepas melakukan pendakian ke Everest.

Pada 11 Julai 2010, Mohanadas dan Magendran dikurniakan darjah kebesaran Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun ke-72 keputeraan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.

Pada 25 Mei 2017, Mohanadas dan Magendran meraikan ulang tahun ke-20 misi kembara mereka ke Everest.

Rujukan

Pautan luar

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Menu Mohanadas Nagappan

Basics

Introduction

Rujukan

Pautan luar

Lists

Also Viewed

Lists
Mohanadas Nagappan is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Credits
References and sources
Mohanadas Nagappan
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes