peoplepill id: mohamed-sukri-omar
MSO
Malaysia
1 views today
1 views this week
Mohamed Sukri Omar
Malaysian politician

Mohamed Sukri Omar

The basics

Quick Facts

Intro
Malaysian politician
Places
Work field
Gender
Male
The details (from wikipedia)

Biography

Ustaz Mohamed Sukri Omar (Jawi: محمد شكري بن عمرcode: ms is deprecated ) merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau juga adalah Pendakwah dan Guru Agama Islam. Beliau merupakan Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Malaysia (2023-Kini), Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor (2021-Kini), Ketua Pemuda Perikatan Nasional Selangor (2021-Kini), Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam (2023-Kini)dan Ketua Badan Perhubungan Perikatan Nasional Kawasan Shah Alam (2023-Kini).

Latar belakang

Mohamed Sukri Omar berasal dari Beserah, Kuantan, Pahang. Beliau mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad, Kuantan. Seterusnya beliau menyambung ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Islam Al-Irsyad, Kuantan dan memperolehi Syahadah Diniyyah Khossoh dan Sijil Pelajaran Malaysia.

Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian diperingkat Diploma dan berjaya menamatkan pengajian dan memperolehi Diploma Pengurusan Perniagaan dan Minor Pengajian Islam di Kolej Jamiah Islamiah Putra atau Kolej JAIPUTRA (kini Kolej Uniti Kota Bharu). Sewaktu menuntut di Kolej JAIPUTRA beliau mengambil kesempatan untuk menuntut ilmu di Pondok Pasir Tumbuh dengan melazimi pengajian disana sewaktu cuti semester .

Kemudiannya beliau melanjutkan pengajian ke Sana'a, Yaman selama 5 tahun dan berjaya mendapatkan Ijazah Pengajian Ilmu-ilmu Islam, Ijazah Tadris (Keizinan Mengajar) dan ijazah sanad kutub sittah daripada Syeikh Qassim Al-Bahr Al-Yamani di sana.

Seterusnya beliau menyambung pengajian di peringkat sarjana dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Falsafah (MPhil) Bidang Kajian: Dakwah dan Kepimpinan (Tajuk tesis: “Pemikiran Politik Islam Sheikh Abdul Qadir Al-Mandili”)di Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Darul Takzim.

Kerjaya

  • Pengerusi Eksekutif Almunir Group Travel & Tours Sdn. Bhd.
  • Pengarah Eksekutif Al-Munir Centre (Pusat kajian dan kelestarian turath)
  • Pernah bertugas sebagai Graduate Research Assistant (GRA), Universiti Teknologi Malaysia (2019-2022)
  • Mutawwif Umrah dan Haji
  • Ahli Perniagaan
  • Pendidik
  • Guru agama bertauliah

Aktivisme Sewaktu Mahasiswa & Pelajar

  • Ahli Majlis Penasihat, Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) (2011-2012)
  • Timbalan Presiden, Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) (2010-2011)
  • Pengerusi Lembaga Disiplin, Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) (2010-2011)
  • Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Kolej JAIPUTRA (2005-2006)
  • Ketua Pelajar, Sekolah Menengah Islam Al-Irsyad, Kuantan, Pahang (2002)

Politik

Pada Pilihan raya negeri Selangor 2023 beliau bertanding di Dewan Negeri Kota Anggerik (kawasan negeri) mewakili Perikatan Nasional tetapi tewas.

Pada pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau juga telah bertanding di Parlimen Pandan mewakili PAS tetapi tewas.

PartiCalonUndian%∆%
PHWan Azizah Wan Ismail64,73375.47+75.47
BNLeong Kok Wee12,19014.21-15.57
PASMohamed Sukri Omar8,3369.72+9.72
PRMLee Ying Ha4420.52+0.52
BebasMohd Khairul Azam Abdul Aziz730.09+0.09
Jumlah undi sah85,774100.00
Jumlah kertas undi ditolak517
Kertas undi tidak dipulangkan223
Turun mengundi86,51485.34
Pengundi berdaftar101,319
Majoriti52,54361.26
PH kekalPeralihan
Sumber

"His Majesty's Government Gazette - Notice of Contested Election, Parliament for the State of Selangor [P.U. (B) 239/2018]" (PDF). Pejabat Peguam Negara Malaysia. 3 Mei 2018. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 19 Julai 2019. Dicapai pada 2018-08-01. "Federal Government Gazette - Results of Contested Election and Statements of the Poll after the Official Addition of Votes, Parliamentary Constituencies for the State of Selangor [P.U. (B) 313/2018]" (PDF). Pejabat Peguam Negara Malaysia. 28 Mei 2018. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 19 Julai 2019. Dicapai pada 2018-08-01.

Penglibatan dalam politik

Jawatan terkini beliau di peringkat parti politik pula

  1. Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Malaysia (2023-kini)
  2. Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor (2021-Kini)
  3. Ketua Pemuda Perikatan Nasional Selangor (2021-Kini)
  4. Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam (2023-Kini)
  5. Ketua Badan Perhubungan Perikatan Nasional Kawasan Shah Alam (2023-Kini)

Beliau juga pernah di amanahkan sebagai :

  1. AJK Lajnah Dakwah PAS Pusat (Sesi 2021/2023)
  2. Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Mahasiswa, Dewan Pemuda PAS Malaysia (Sesi 2021/2023)
  3. Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional Negeri Selangor bermula (28 April 2021 - 15 Febuari 2022)
  4. Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor (2019/2021)
  5. Ketua Sektor Sumber Manusia dan Latihan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor sesi (2019/2021)
  6. Pemangku Ketua Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor sesi (2019/2021)
  7. Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Selangor sesi (2017/2019)
  8. Ahli Jawatankuasa, Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor pada sesi (2015/2017)
  9. Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan Shah Alam sesi (2021/2023)

Pernah aktif di Parlimen Pandan dan dilantik untuk beberapa jawatan parti di Parlimen tersebut, antaranya:

  • Pengerusi Tetap, Dewan Pemuda PAS Kawasan Pandan (2019-2020)
  • Ahli Jawatankuasa, PAS Kawasan Pandan (2015-2020)
  • Ahli Jawatankuasa, Dewan Ulamak PAS Kawasan Pandan (2013-2020)
  • Ketua Cawangan PAS Taman Bukit Permai, Pandan. (2017-2020)
  • Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Kawasan Pandan (2017-2019)
  • Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya Parlimen (JPRP) Pandan, PAS Kawasan Pandan (2017-2019)
  • Naib Ketua Urusan Ulamak, PAS Kawasan Pandan (2015-2017)
  • Ahli Jawatankuasa, Dewan Pemuda PAS Kawasan Pandan (2015-2017)

Pautan luar

Rujukan

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Mohamed Sukri Omar is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Credits
References and sources
Mohamed Sukri Omar
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes