Mohamed Hashim bin Mohd Ali
Quick Facts
Biography
Jeneral (B) Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Mohamed Hashim bin Mohd Ali (Lahir 10 April 1937) adalah bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia.
Biografi
Mohammed Hashim bin Mohd Ali dilahirkan di Jalan Peel, Kuala Lumpur. Beliau mendapat penddikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar 1, Kampung Pandan, Kuala Lumpur.
Beliau menghadiri Institut Victoria, Kuala Lumpur dari tahun 1948 hingga 1953. Semasa di VI, beliau menjadi ketua pasukan hoki dan juga menjadi wakil sekolah dalam acara renang. Beliau juga menjadi jurulatih sekolah untuk menguruskan peperiksaan anjuran Royal Life Saving Society.
Kerjaya Tentera
Hashim Mohd Ali menceburi bidang tentera sebagai kerjaya. Dia menjadi kadet di Royal Military Academy, Sandhurst sekitar tahun 1954 hingga 1956. Dalam bulan Disember 1956, beliau ditauliahkan sebagai pegawai muda dalam Rejimen Askar Melayu DiRaja dan dihantar bertugas dengan Batalion ke-3 Rejimen Askar Melayu DiRaja.
Beliau juga pernah menjadi pegawai pemerintah Batalion ke-5Rejimen Askar Melayu DiRaja semasa bertugas di Sarawak. Beberapa perlatikan sebagai pegawai staf mengikut. Setelah dilantik sebagai Brigadier Jeneral, beliau dilantik sebagai Pegawai Pemerintah Rejang Area Security Command atau RASCOM di Sarawak. Di sana beliau berjaya membantu mengembalikan kedamaian dan keamanan serta kestabilan kawasan tersebut.
Dalam tahun 1980, selepas menghadiri kursus di National Defence College, India, beliau dilantik sebagai Ketua Staf di Kementerian Pertahanan berpangkat Mejar Jeneral.
Dalam tahun 1982, beliau mengambil alih tampuk pemerintahan Divisyen Kedua Infantri yang berpangkalan di Pulau Pinang. Dalam melaksanakan tugas sebagai Pegawai Pemerintah Divisyen tersebut, beliau menjalinkan hubungan rapat dengan Ketua Pemerintah Region 4, Royal Thai Army. Hasil hubungan rapat tersebut dan peningkatan kerjasama kedua pihak, tekanan ketenteraan yang diberikan telah melumpuhkan keupayaan pengganas Komunis dalam menjalankan pemberontakan bersenjata mereka sehingga akhirnya menandatanganiperjanjian damai dalam tahun 1989.
Setelah melepaskan jawatan sebagai pemerintah 2 Divisyen, beliau dilantik menjadi Timbalan Ketua Turus Tentera Darat.
Dalam bulan November 1985, beliau dilantik menjadi Ketua Turus Tentera Darat. Dalam bulan Oktober 1987, beliau mengambil alih jawatan Ketua Turus Angkatan Tentera sehingga persaraannya dalam bulan April 1992 (persaraan wajib secara pilihan kerana umurnya) selepas berkhidmat selama 38 tahun dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia.
Jeneral Tan Sri Dato' Seri Hashim adalah penandatangan Perjanjian Hatyai bagi pihak Kerajaan Malaysia dalam tugasnya sebagai Panglima Angkatan Tentera.
Selepas Bersara
Selepas bersara, Hashim dilantik menjadi pengarah di beberapa buah syarikat tersenarai di Bursa Kuala Lumpur.
Hashim dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi SUKOM Ninety Eight Berhad, syarikat yang ditubuhkan Kerajaan Malaysia untuk menganjurkan dan menguruskan Sukan Komanwel 1998 ke-16 di Kuala Lumpur yang diadakan pada 11 - 21 September 1998.
Trivia
- Allahyarham Tan Sri Dato' Seri Ahmad Razali Mohd Ali (bekas Menteri Besar Selangor)
- Dato' Jhaffar Mohd Ali
- Allayarhamah Tan Sri Dato' Paduka Datin Dr. Saleha Mohd Ali
- Abangnya, Allahyarham Tun Ismail Mohd Ali adalah bekas Gabenor Bank Negara dan juga bekas Pengerusi Permodalan Nasional Berhad. Abangnya juga adalah bekas penuntut Institut Victoria Kuala Lumpur.
- Kakaknya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali merupakan isteri Perdana Menteri Malaysia ke-7, Tun Dr. Mahathir Mohamad.