peoplepill id: mohamad-imran-abd-hamid
MIAH
1 views today
1 views this week
Mohamad Imran Abd Hamid

Mohamad Imran Abd Hamid

The basics

Quick Facts

Gender
Male
The details (from wikipedia)

Biography

Laksamana Pertama (B) TLDM YB Hj Mohamad Imran bin Abd Hamid adalah Ahli Parlimen Lumut, Perak. Beliau menang dalam Pilihan raya umum Malaysia 2013 atas tiket parti PKR selepas mengalahkan calon Barisan Nasional .

Kerjaya

Beliau merupakan bekas Pegawai Memerintah KD Pelanduk di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut . Beliau pernah menjadi Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM.

Keluarga

Isterinya Che Saleha Che Abdul Rahman merupakan pengetua Sekolah Menengah Batu 10, Lekir dekat Sitiawan.

Pada 12 Februari 2005, keempat-empat anak perempuannya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Kilometer 9.1 Lebuh Raya Timur-Barat di Gerik. Kereta Mercedes Benz E220 yang dinaiki empat anaknya itu terbabas ke kanan jalan sebelum melanggar sebatang pokok. Mereka yang terbunuh adalah pemandu kereta, Intan Mazuin Mohd. Imran, 26, pegawai eksekutif di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur; Intan Mazmin, 25, pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Putrajaya; dan Intan Syafarin Hanni, 23, penuntut tahun tiga UiTM) Shah Alam yang mati di tempat kejadian manakala seorang lagi anaknya, Intan Syafinaz, 20, pelajar tahun satu Universiti Malaya (UM) meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Gerik.

Pada waktu kejadian, kereta tersebut mengekori kereta yang dipandu Mohd. Imran (50) yang dinaiki bersama isterinya, Che Saleha Che Abd Rahman (50) serta dua lagi anaknya Intan Mazlin, 24, dan Muhd. Syaiful Amri, 13, yang dalam perjalanan balik dari Lundang, Kota Bharu, Kelantan ke rumah mereka di Sitiawan. Sebelum itu beliau sembahyang Jumaat di Masjid Bersia.

Jenazah telah disembahyangkan di kediaman beliau di Taman Tazali, Sitiawan, Perak. Kesemua jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Sitiawan, Sitiawan. Ketika itu beliau menjadi Kapten TLDM di Lumut dan menjadi Pegawai Memerintah KD Pelanduk .Turut ziarah ialah Panglima TLDM, Laksamana Datuk Seri Mohd Anuar Mohd Noor dan Exco Kerajaan Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir.

NGO

Mohd Imran tewas dalam perebutan jawatan Naib Pengerusi Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia / PBTM Cawangan Manjung.Beliau tewas kepada pemimpin PBTM Cawangan Sitiawan, Tajul Ashikin Tajol yang merupakan pesara TLDM.Jawatan pengerusi persatuan tersebut dimenangi oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Lumut, Datuk Ahmad Zamri Shamsuddin.

Menang di Lumut PRU13

Beliau antara bekas pemimpin tentera yang menyertai Pakatan Rakyat. Antaranya ialah Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, Brigedier Jeneral (B) Kagat Datuk Najmi Ahmad dan Brigedier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Khatab.Mereka membangkitkan isu aset persenjataan dibeli pada harga yang berlipat kali ganda daripada sepatutnya, tidak secara tender terbuka, tidak mendapatkan pandangan daripada pegawai tentera dan pemberian komisyen pembelian kepada individu tertentu.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menamakan Imran sebagai calon PKR dalam program Jelajah Merdeka Rakyat di Gerik. Sebelum itu Anwar membatalkan keputusannya bertanding di Perak dan akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh. Mohd Imran berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Kong Cho Ha yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Lumut. Kong Cho Ha tewas begitu tinggi bagi peti undi DUN Sitiawan, sedangkan peti undi di Pasir Panjang dan DUN Pangkor tidak begitu ketara.BN tewas di tiga kawasan Parlimen, Lumut, Taiping dan Kampar.Ramai anggota tentera di kawasan Lumut kerana terdapat sebuah kem tentera di sana yang dipindahkan dari Woodland,Singapura.

Ketua PKR Cabang Lumut, M.P Shamugum menuduh Mohd Imran sebenarnya adalah ahli PAS.

Semasa kempen PRU13, Imran dibawa oleh Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham Adun Sitiawan untuk menyertai upacara sembahyang penganut Kristian di Gereja Kampung Cina. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bimbang calon beragama Islam ghairah berkempen sehingga boleh terjerumus dalam gejala murtad. Melawat gereja sehingga ke Vatican City, Rom, Itali tidak salah tetapi janganlah sampai menyertai upacara ibadat mereka.

Rujukan

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Mohamad Imran Abd Hamid is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Mohamad Imran Abd Hamid
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes