Mohamad Hazim Amzad
Quick Facts
Biography
Muhammad Hazim bin Amzad (lahir pada tahun 1999) ialah seorang pesilat Malaysia dari Chini Timur, Pekan, Pahang.
Beliau bertanding dalam Kejuaraan Silat Remaja Dunia ke-3 pada tahun 2015 lalu memperolehi pingat emas melawan Muhammad Riansyauqi Mistam dari Singapura dalam kelas Putera C (47-51 kilogram) dengan keputusan 5-0.
Pada tahun 2018, beliau bertanding dalam Sukan Asia di Indonesia dalam kelas C (55–60 kg) lalu memperoleh pingat gangsa. Beliau turut bertanding dalam Kejohanan/Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2018 di Singapura lalu muncul juara dalam kelas C setelah mengalahkan Adilan Chemaeng dari Thailand dengan keputusan 4-1.
Pada tahun 2019, beliau bertanding dalam Kejuaraan Pencak Silat Asia di Yanji, China lalu memperoleh pingat emas dalam kelas Putera C (55–60 kg).