Miera Leyana
Quick Facts
Biography
Miera Leyana binti Kasmi (Jawi: ميايرا ليانا; lahir 28 Ogos 1993) ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan pelakon wanita utama bagi drama bersiri dalam talian (d.b.t.) Luna Fantasiku yang juga merupakan kemunculan sulung beliau di dalam dunia lakonan. Bakat beliau telah ditampilkan oleh agensi pencarian bakat Maverick+Co. Kredit filem Miera termasuk Apokalips X (2014) dan Lebuhraya Ke Neraka (2017).
Kerjaya
Miera memulakan kerjaya lakonan beliau dengan membintangi drama web siri iaitu Luna Fantasiku yang bersiaran di Gua.com.my pada tahun 2008. Ketika itu, beliau hanya berusia 15 tahun dan masih bersekolah. Pada tahun 2010, beliau menjadi sebahagian daripada barisan pelakon drama komedi muzikal 26 episod Hotel Mania arahan Nizam Zakaria yang terdiri daripada Anding Indrawani Zaini, Dafi, Marsha Londoh dan Adeline Tsen.
Kerjaya filem Miera bermula pada 2012 menerusi watak pembantu dalam filem Jangan Pandang-Pandang arahan Ahmad Idham.
Pada tahun 2017, Miera telah membintangi dalam sebuah drama berjudul Biar Aku Jadi Penunggu yang disiarkan di TV3. Beliau memegang watak sebagai Damia Hani.
Seterusnya, Miera membintangi filem bertajuk Lebuhraya Ke Neraka arahan Mamat Khalid yang mula dityangkan pada 4 Mei 2017. Ia merupakan filem kedua beliau bersama Mamat selepas filem Apokalips X (2014).
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Pengarah | Catatan |
---|---|---|---|---|
2012 | Jangan Pandang-Pandang | Marsha | Ahmad Idham | Filem pertama |
2013 | Pecah | Asrul Hisham Ahmad | ||
Balada Pencinta | Ayu | Khir Rahman | ||
2014 | Apokalips X | QiQi | Mamat Khalid | |
Dendam Orang Mati | Min | Jason Chong | ||
2015 | Kastil Tua | Model | Chiska Doppert | Filem Indonesia |
2017 | Lebuhraya Ke Neraka | Dina | Mamat Khalid |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2008 | Luna Fantasiku | Luna | TV9 |
2009 | Kamelia Katrina | Kamelia | Astro Ria |
Bio-Nik | TV3 | ||
Ceria-Ceria Cikgu Rubina | |||
2010 | Hotel Mania | Hani | |
2011 | Nana Narita | TV9 | |
Nora Elena | Maria Tan | TV3 | |
2012 | Friday I'm In Love | Bella | TV9 |
Mulanya Di Sini | Alya | TV1 | |
Psikik | Sukma | ||
Putera Rayyan | Anisa | TV3 | |
2013 | Asmara Luna | ||
Hujan | Azura | ||
2014 | Kusinero Cinta | Astro Mustika HD | |
2015 | Memori Cinta Suraya | Irina | Astro Prima |
Nasuha | Marina | TV9 | |
2016 | Mr. Boss Miss Stalker | Ria Alisya | TV3 |
Biar Aku Jadi Penunggu | Damia Hani | ||
2018 | Aku Cinta Dia | Anis | TV3 |
2019 | Detak Cinta Stetoskop | Dr Farah | TV Okey |
Hola Hermosa | Sheerin | TV1 | |
KL Meroyan | TV2 |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2013 | Ku Kejar Cintaku Sehingga Ke Malaysia | Sarah | RTV |
2016 | Mama Sado | Andra Raina | TV9 |
Mat Chia Chia | Fatimah | ||
Lari Lagi | Dhia | TV2 | |
2017 | Peah Singa | Peah | TV9 |
Kismet | TV3 | ||
2018 | Genesis |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2013 | Anugerah Skrin 2013 | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) | Rembat | Menang |
2015 | Anugerah Skrin 2015 | Dendam Orang Mati | Tercalon | |
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Pelakon Filem Wanita Popular | N/A | Dicalonkan |
Rujukan
Pautan luar
- Miera Leyana di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)