peoplepill id: maria-tunku-sabri
MTS
2 views today
2 views this week
Maria Tunku Sabri

Maria Tunku Sabri

The basics

Quick Facts

The details (from wikipedia)

Biography

Maria Tunku Sabri (40) atau 'Maria JJCM' merupakan personaliti TV3 yang menjadi pengacara progrsam 'Jalan-Jalan Cari Makan'.

Jalan-Jalan Cari Makan

Program ini mengenengahkan restoran dan makanan yang lazat di seluruh Malaysia. Ia diminati oleh penonton Melayu dan Cina. Maria menjadi hos dari musim 1 hingga 12. Penerbit ialah Hamsiah Biri. Namun Maria bertindak sebagai hos, pengacara dan penerbit di lokasi.

JJCM 11 unik kerana lokasinya ialah di Kota Singapura iaitu di Vovocity, Bugis Junction, Arab Street, Orchard Road dan Clarke Quay (Kelaki). Bantuan maklumat diperolehi dari Lembaga Pemancongan Singapura.

Mulai JJCM 13, dia digantikan oleh Serina Redzuawan.

Keluarga

Maria tinggal bersama suaminya Ahmad Nazri Abd Malek (42) dan anaknya Amreel Nuqman di USJ, Subang Jaya, Selangor.

Saman

Pada 2004, Maria memfailkan tuntutan saman terhadap Wan Johari Wan Hussin kerana enggan mengahwininya seperti dijanjikan. Perjanjian itu dikatakan tidak menepati Akta Kontrak.

Pada 22 Februari 2008, Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi menggugurkan saman itu kerana ia di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Tambahan pula kedua-dua pihak beragama Islam dan melibatkan perkahwinan. Tidak wajar seorang yang telah bernikah, mengahwini lelaki lain.

Pada 24 Jun 2009, Mahkamah Persekutuan menerima kes Maria untuk saman semula terhadap Datuk Wan Johani Wan Hussin (57) kerana didakwa melanggar perjanjian. Wan Johani engkar untuk mengahwininya seperti dijanjikan. Wan Johari menafikan kontrak pampasan RM5.5 juta . Perjanjian itu tidak sah dan mempunyai unsur ugutan dan pujukan. Tambahan pula perjanjian itu tidak sah kerana Maria telahpun berkahwin dan punya suami. Ada undur-unsur paksaan dan ugutan daripada Maria.

Pada 2 April 2010, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan membicarakan kes seorang ahli perniagaan kerana mengingkari penyelesaian perjanjian pembayaran pampasan RM5.5 juta selepas lelaki itu gagal menunaikan janji untuk berkahwin dengannya.

Pada 9 Julai 2010, Pesuruhjaya Kehakiman Datin Zabariah Mohd. Yusof akan memutuskan kedudukan kes itu.Karpal Singh bertindak sebagai peguam Maria. Akbardin abdul Kader sebagai peguam Wan Johani.

Rujukan

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Maria Tunku Sabri is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Maria Tunku Sabri
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes