Malianah Ugau
Quick Facts
Biography
Malianah Ugau ialah seorang ahli politik wanita Malaysia berasal dari Sabah. Beliau merupakan Ketua Wanita Parti Bersatu Sabah dan isteri kepada seorang tokoh politik Sabah, Datuk Jahid Jahim. Jahid kini memegang jawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah.
Kehidupan awal
Malianah berasal daripada Kampung Bontoi, Tamparuli, Sabah dan di lahirkan pada 4 Mac 1960 dalam keluarga Kristian. Beliau merupakan anak kepada Wugau Ajuh (dieja juga dengan Ugau) dan Tinggamo Bandaran @ Siti Noraini Abdullah. Ayahnya merupakan mantan Ketua Anak Negeri Untuk Daerah Tamparuli.
Pada awal tahun 1970, Malianah Ugau dan bersama kakaknya, Malim Wugau merupakan penyanyi tempatan Sabah dan sering muncul di kaca televisyen tempatan. Album pertama yang dimiliki Malianah Ugau berjudul Vinasi Do Miginavo diterbitkan oleh Lian Tai Import & Export Co pada 1972. Album Malim Ugau pula berjudul Nookuo Mosti Mitongkizad Kito diterbitkan oleh Sharikat Seh Huat.
Perkahwinan
Malianah Ugau telah berkahwin dengan Datuk Jahid Jahim pada10 Disember 1983 dan memiliki tiga orang anak lelaki. Beliau memeluk islam selepas berkahwin dengan suaminya.
Kerjaya politik
Malianah Ugau memulakan kerjaya politiknya pada tahun 1990. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Wanita Parti Bersatu Sabah sebelum dilantik sebagai Pemangku Ketua Wanita Parti Bersatu Sabah pada 13 Mac 2019dan Ketua Wanita Parti Bersatu Sabah pada 15 November 2019.Beliau juga merupakan Ketua Pergerakan Wanita Parti Bersatu Sabah Tamparuli.
Sektor Korporat
Malianah Ugau merupakan Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah.
Keterlibatan dalam masyarakat
Malianah Ugau mula aktif dalam program kebajikan dan kemasyarakatan sejak memegang beberapa jawatan antaranya ialah ;
- Presiden Pertubuhan Bola Sepak Wanita Sabah.
- Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pendidikan - Majlis Penasihat Wanita Sabah. Beliau dan jawatankuasa lantikan Majlis Penasihat Wanita Sabah telah mengangkat sumpah pada 15 April 2021 di hadapan Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor.
Anugerah dan pengiktirafan
Malianah Ugau telah dikurniakan dengan pengiktirafan berikut:
- Sabah :
- Ahli Darjah Kinabalu (A.D.K) - (2006).