Mahmud bin Mat
Quick Facts
Biography
Dato' Setia Wangsa Sir Mahmud bin Mat adalah Menteri Besar Pahang pertama (1948 - 1951). Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang ketika itu terletak di Kuala Lipis, Pahang.
Beliau juga merupakan orang Melayu pertama yang dilantik sebagai Pegawai Daerah Bentong. Pada zaman penjajahan British, beliau pernah menjadi pegawai Kelas IV, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaya (Malayan Civil Service). Mahmud bin Mat juga bekas Speaker Majlis Persekutuan.
Pada 1951 beliau menjadi Menteri Tanah, Lombong dan Komunikasi. Turut dilantik ialah Dato Onn Jaafar - Menteri Dalam Negeri ;Tengku Yaakob ibni Sultan Abdul Hamid - Menteri Pertanian dan Perhutanan; Dr Lee Tiang Keng - Menteri Kesihatan ; Mr J.D Mead - Menteri Kerjaraya dan Perumahan dll.
Keluarga
Pada 27 Februari 1956, menantunya penolong jurutera PWD Tahir bin Awang meninggal dunia di Johor Bahru.
Rujukan
Penyandang Terdahulu | Menteri Besar Pahang 1948 – 1951 | Penyandang Kemudian |
'Yang Pertama' | Tengku Muhamad Sultan Ahmad |