peoplepill id: mahfodz-mohamed
MM
Malaysia
1 views today
1 views this week
Mahfodz Mohamed
Malaysian politician

Mahfodz Mohamed

The basics

Quick Facts

Intro
Malaysian politician
Places
Work field
Gender
Male
Age
80 years
Family
Children:
Ahmad Nawfal Mahfodz Nushi Mahfodz
Positions
N/A
(2004-2013)
N/A
(2015-2017)
The details (from wikipedia)

Biography

Tuan Guru Dato' Dr. Mahfodz Mohamed adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS dan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya PAS Johor. Beliau pernah bertanding atas tiket PAS di kerusi Dewan Negeri Johor N09 Gambir, Johor.

Kerjaya dan pengalaman

Beliau mendapat ijazah Sarjana Muda (Syariah) daripada Universiti al-Azhar, Mesir dan Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Glasgow United Kingdom. Beliau adalah Pengerusi dan Pengetua, Maahad Tahfiz Al-Muhammadi, Kundang Ulu, Muar, Johor ; Presiden Institut Teknologi Ibnu Sina (INTIS), 2000-2001; Penasihat Akademik Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), 2001-2004 ; Ahli panel Lembaga Akreditasi Negara (LAN), 1998-2000 ; Naib Yg Di-Pertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM), 1987-1999 ; Ahli lembaga penasihat syariah Amanah Saham Aiman (MARA), 1996-1999 ;Ahli lembaga pengawas syariah Takaful Nasional, 1994-1999 ;Ahli Majlis Agama Islam Selangor, 1996-1999 ;Ketua Jabatan Pengajian Islam, Universiti Malaya, 1983-1993 ;Timbalan Pengarah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 1996-1999 dan Panel Mahkamah Rayuan Syariah Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 1988-1996.

Putuskan kerjasama PAS dengan DAP

Pada 14 Jun 2015, Mahfodz menyatakan hasrat berjumpa dengan kepimpinan DAP Johor dan menyuarakan keinginan meneruskan kerjasama dengan DAP dan Pakatan Rakyat (PR). Padahal beliau sendiri membawa usul memutuskan hubungan dengan DAP dan usul berkenaan diluluskan tanpa bahas. Sebelum ini DAP Sarawak memutuskan hubungan dengan PAS. Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP enggan bekerjasama dengAN Presiden PAS Datuk Haji Abdul Hadi Awang. Malahan Abdul Hadi banyak kali tidak hadir semasa mesyuarat pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat. Abdul Hadi juga menyokong kerjasama dengan UMNO kerana berkongsi impian mahu melaksanakan hudud, yang tidak disokong oleh DAP.

Pada 15 Jun 2015, Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong tidak nampak parti itu tidak akan bekerjasama dengan Datuk Mahfodz Mohamed yang baru dilantik Pesuruhjaya PAS Johor, memandangkan beliau merupakan pencadang usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP semasa muktamar pada 4-6 Jun 2015. Sebelum ini DAP ada memberi gambaran jika Abdul Hadi kekal menerajui Pas, PR akan terbubar.

Pilihan raya

TahunKawasanIndividuUndianLawanUndianMajoriti
2004DUN Bukit Serampang, JohorMahfodz Mohamed (PAS)2,418Dato' Tahir Mohd Taat (BN-UMNO)11,4829,064
2008DUN Bukit Serampang, JohorMahfodz Mohamed (PAS)3,355Dato' Tahir Mohd Taat (BN-UMNO)10,6057,250
2013DUN Gambir, JohorMahfodz Mohamed (PAS)8,395M. Asojan a/l Muniyandy (BN-MIC)8,705310
Mohd Zan Abu (Bebas)837
Yunus Mustakim (Bebas)261
2018DUN Gambir, JohorMahfodz Mohamed (PAS)1,806M. Asojan a/l Muniyandy (BN-MIC)7,1923,088
Tan Sri Muhyiddin Yassin (PH-PPBM)10,280
Parlimen Batu PahatMahfodz Mohamed (PAS)8,173Haliza Abdullah (BN-UMNO)28,03517,894
Dato' Mohd Rashid Hasnon (PH-PKR)45,929

Anugerah dan pengiktirafan

  •  Selangor
    • Darjah Dato' Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (DSSA) - Dato' - 1999
  • Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM)
    • Anugerah Alim Haraki - Majlis Konvokesyen KUIZM ke-6 - Tuan Guru - 2020

Bibliografi

  • Mahfodz Mohamed (1993). Undang-undang Jenayah Islam: Mengenal Jenayah Qisas Bunuh. Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar & Persatuan Ulama Malaysia.
  • Mahfodz Mohamed (1989). Ahl al-Bayt dalam al-Qur'an dan al-Sunnah. Kuala Lumpur: Pustaka Warisan. ISBN 967999290X.
  • Mahfodz Mohamed (1985). Jinayah dalam Islam: Satu kajian ilmiah mengenai hukum-hukum hudud. Siri dakwah ulama volume 3. Kuala Lumpur: Persatuan Ulama Malaysia & Nurin Enterprise. ISBN 9679840085.

Rujukan

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Mahfodz Mohamed is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Credits
References and sources
Mahfodz Mohamed
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes