peoplepill id: long-ghaffar
LG
1 views today
1 views this week
The basics

Quick Facts

The details (from wikipedia)

Biography

Long Gaffar Ibni Raja Long Nik Ibni Long Senik Geting IbnI Raja Wan Daim (1762 -1793)

Tahun 1762 tercatat didalam sejarah sebagai tahun Kelantan diasaskan dan bermulanya pemerintahan Long Gaffar disebelah selatan negeri Kelantan. Tiga bulan selepas berakhirnya Perang Kota Kubang Labu I pada tahun 1757, baginda bersama rombongan yang turut disertai Long Yunus telah berangkat daripada Kota Jelasin (Wakaf Che Yeh), tempat bersemayam Mandur Mis (Tuan Khomis) sepupu kepada Long Yunus untuk menyahut cabaran menyabung ayam oleh panglima Bugis di Terengganu. Pada masa itu negeri Terengganu diperintah oleh Sultan Mansur Riayat Shah (Marhum Berjanggut, 1733 – 1793). Selepas berjaya mengalahkan pasukan Bugis, baginda dan rombongan diraikan oleh Sultan Terengganu selama 6 bulan.

Semasa pulang dari Terengganu pada tahun 1761, baginda dan rombongan yang turut diiringi oleh pasukan tentera dari Terengganu telah diserang oleh pasukan Long Muhammad (Raja Kelantan dari Kota Kubang Labu) di Kuala Besut. Serangan tersebut berjaya dipatahkan dan Long Gaffar bersama-sama dengan Long Yunus serta rombongan pasukan tentera dari Terengganu kemudian segera ke Kota Jelasin untuk bertemu Mandur Mis dan seterusnya bergabung. Pada malamnya gabungan tentera Terengganu dan pasukan sukarelawan Kelantan yang dipimpin oleh Long Gaffar, Mandur Mis, Penghulu Adas dan Long Yunus telah melancarkan serangan dari Kota Jelasin keatas Kota Kubang Labu (Pasir Pekan) yang menyebabkan meletusnya perang Kota Kubang Labu Ke- II. Kota Kubang Labu berjaya ditawan dengan Long Muhammad telah berjaya dibunuh. Maka berakhirlah pemerintahan Kota Kubang Labu. Kejayaan ini disebut oleh pengkaji sejarah sebagai menandakan bermulanya penguasaan Long Gaffar dan Long Yunus di negeri Kelantan.

Long Gaffar telah mengasaskan pemerintahan di Kota Jelasin tempat bersemayamnya Mandur Mis pada tahun 1762 selepas daripada Mandur Mis berpindah berbuat kota dan kampung yang baharu di tanah Lundang. Selepas lebih kurang tiga tahun itulah, baginda telah memindahkan pusat pemerintahannyapula ke Limbat pada tahun 1765.Perpindahan pusat pemerintahan ke Limbat menandakan bermulanya penubuhan Kelantan yang berasal dari perkataan "Negeri yang Dikerat Lintang" bermula dari Sungai Pasir Tumboh hingga ke laut, ke timur hingga ke sempadan Terengganu, ke barat hingga ke sempadan Kadok dan ke selatan hingga ke Kuala Krai. Peristiwa inilah yang menyebabkan munculnya nama "Negeri yang Dikerat Lintang", iaitu negeri yang di kerat lintang di antara Baginda Long Gaffar dan Long Yunus. Sempadan bagi kedua-dua kawasan pemerintahan ini ialah Sungai Pasir Tumboh.

Tengku Abdul Ghaffar Tengku Temenggung Tengku Putra Dalam Kebun (Long Ghaffar)

Tengku Abdul Ghaffar ini adalah berbeza dengan Long Ghaffar di atas. Tengku Abdul Ghaffar adalah anak kepada Sultan Muhammad II (Long Senik Mulut Merah) dan merupakan waris sebenar kerajaan negeri Kelantan.

Sultan Ahmad (1886-1889) Nama asal baginda ialah Tengku Ahmad, iaitu anak kedua Tengku Muhammad bin Sultan Mansur Terengganu (Marhum Besar) dengan Puteri Chik Ku Tuan Nawi binti LOng Yunus. Menantu dan juga sepupu kepada Sultan Muhammad II. Dilantik sebagai pemangku raja Kelantan kerana Long Ghaffar bin Sultan Muhammad II masih kecil. Dengan bantuan dari Siam meminggirkan hak Long Ghaffar sebagai pewaris sah takhta Kelantan.

Tengku Putri @ Long Sulong binti Sultan Muhammad II (Sultan Kelantan) berkahwin dengan Tengku Ahmad @ Sultan Tengah (Sultan Kelantan [pemangku sementara menggantikan Tuan Long Ghaffar yang masih muda berumur sembilan (9) tahun semasa kemangkatan ayahandanya Sultan Muhammad II ]) ibni al-Marhum Tengku Muhammad (Pemangku dan Yang di-Pertuan Muda Kelantan, 1795-1800) ibni al-Marhum Sultan Mansur Shah I (Sultan Trengganu)

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Long Ghaffar is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Long Ghaffar
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes